Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts

Friday, September 11, 2009

REZEKI RAMADHAN

Macam mana kalau saya tukar profesyen sempena bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ini?Memandangkan saya sedang bercuti panjang ni, ok juga rasanya kalau nak menambah pendapatan. Beg dah ada tu. Untung juga kalau berniaga kuih dan biskut raya. Oleh sebab dah dekat nak Raya ni, tinggal 8 hari saja lagi, iklankan saja dalam blog. Kakitangan awam dah dapat gaji kan? Jadi, siapa yang nak beli, datang aje lah ke rumah. Siapa dulu, dia yang dapat. "First come , first serve!"

Salam semua. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping itu, pastinya ibubapa dan ahli keluarga sedang rancak membuat persiapan untuk Raya seperti mengemas dan menghias rumah serta penyediaan kuih dan biskut raya. Bagi yang berkerjaya, kuih raya jenis tunjuk-tunjuk. Kena semak balik senarai pesanan kuih yang telah di buat sebelum puasa dulu. Betul tak apa yang diorder, itu yang kita dapat? Budget ok tak? Ada yang dah lari budgetnya? Bonus dapat RM250 aje untuk Raya! Selebihnya akan dapat dalam bulan Disember. Itupun untuk kumpulan sokongan aje. Yang lain minta maaf banyak-banyak. Tak ada rezeki...

Ooh... Idaklah teman berminat nak meniaga kuih dan biskut Raya pulak! Biaq la untung besaq mana pun, bagi orang lain la rezeki tu. Cukup lah dengan gaji cikgu aje. Cikgu kecik, gaji pun kecik lah. Tak pe dah rezeki...

Yang sebenonye goodie bag dan kuih serta biskut raya semua tu hasil usaha titik peluh Cik Nama ( sama nama ). Memang setiap tahun Lila akan membuat, mengedar dan menjual kuih dan biskut Raya tu. Golongan artis pun ada yang menjual kuih raya Lila, tapi sampai Kuala Lumpur dah ditampal dengan nama syarikat lain pula. Harga pun dah lain...

Kalau di Batu Pahat ni, Lila berniaga kuih rayanya di Batu Pahat Mall. Lokasinya di tingkat basement parking lot, berhampiran dengan escalator. Gerai untuk bulan Ramadhan saja. Kalau nampak gerai Lila Delight Cookies yang bosnya berbadan gempal, berkulit cerah dan bercermin mata , betul lah tu.

Semoga hasil titik peluh Lila akan dapat menambah rezeki keluarganya. Kalau bukan bulan puasa, Lila berniaga di Restoran Syam. Dia menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Waktu malam, ibu dan adiknya pula yang mengambil alih. Dalam bulan Ramadhan ni, Restoran Syam ditutup. Memang Lila ni berbakat dan berkelulusan dalam bidang memasak ni.

Saya pula hanyalah seorang guru kecil. Nama kami berdua saja yang serupa namun kami berbeza...

Friday, July 24, 2009

Tempahan Kuih Raya

Alhamdulillah. Baru ada kelapangan. Dah bulan Syaaban dah. Lepas tu, Ramadhan. Ni yang paling seronok. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Kemudian, Syawal. Raya Puasa ni masuk 2 kalilah Nadiah tidak dapat merayakannya dengan keluarga di Malaysia. Menurut katanya, sehingga beliau tamat belajar nanti baru dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama kami. Tak mengapalah...

Minggu lepas, sepupu suamiku berkunjung ke rumah. Membawa sampel kuih raya untuk dibuat tempahan. Sempat juga suamiku berpesan, "Orderlah, tapi jangan banyak2..." Kebetulan Nadiah masih bercuti lagi. Belum balik ke Australia lagi. Pesanan dibuat ikut selera anak2lah. 50 keping berharga RM18.00, kalau 100 keping harganya RM30.00.

Hari tu pulak, Aca bawa balik sampel kuih. Katanya emak kawannya yang buat. Puas dia memujuk aku dan Huda untuk buat pesanan. Bukan main lagi dia mempromosi kuih2 tersebut. Sampel2 kuih tu boleh dimakan terus. Tapi, memanglah sedap rasanya. Sekali lagi suami ku berpesan,"Orderlah, tapi jangan banyak2..." Aku menjawab,"Ya, Tuan YDP..." Suamiku adalah Yang Dipertua PIBG di sekolah tempat Aca menuntut. Tersenyum dia. Bukan apa. Cara dia berpesan kepada kami seperti dia berpesan kepada Ahli-ahli Jawatankuasanya.

Dalam blog Azie pun ada tanya pasal kuih raya yang saya pernah bawa untuk rakan2 masa menanda kertas BI tahun lepas. Sampelnya belum sampai lagi. Tahun ni, saya tak pergi membeli kuih2 raya, tapi tunggu aje sampel2nya dihantar ke rumah. Bila dah buat tempahan, tunggu pulak pesanan dihantar ke rumah. Jadi, nanti saya bagi Azie peta lokasi rumah tempat kuih2 yang you suka tu. Maklumlah keadaan sudah berubah sekarang...