Friday, October 2, 2009

Erti Persahabatan Dari Persepsi Seorang Rakan

aku dan kau : Norlila Samad


Memang benar, aku dengan Norlila adalah kawan sama sekolah. Dia kelas 5E1 dan aku kelas 5m1. Memang benar aku dengan Norlila pernah satu Kuala Terengganu.. Dia di Maktab Batu Rakit. perintis...dia bersama Azman Rahim (5m2) aku di Maktab Pasir Panjang ..bersama Nazar Yasin, Yahya Selamat dan Rani Osman. Itu adalah fakta sejarah.

Sejarah juga telah terpatri selama puluhan tahun itu...30 tahun dari 78-2008 aku dan Norlila sebenarnya tidak pernah bercakap walaupun sapatah perkataan....sekali pun! Hebatnya cara pergaulan kami masa itu, dan aku rasa anak-anak sekarang tidak lagi mengalami pengalaman pahit seperi kami dahulu. Keterbatasan kerana Norlila perempuan dan aku lelaki. Dia kelas E akau kelas M, dia Batu Pahat aku Muar....gap yang terjelma di kalangan kami semasa di SMSJ... amat merugikan silaturahim kami...masa 5 tahun berlalu begitu saja. Aku dan Norlila cuma tahu, kami pernah satu sekolah.

Sebenarnya geng perempuan dan geng lelaki zaman 74-78 mempunyai hubungan yang amat renggang sekali. Rasa malu yang amat tebal, rasa aib kalau diejek, enviroment yang amat rigid, pemantauan guru dan warden yang keras...adalah antara faktor penjarak antara kami. Bukan Norlila saja, malah, aku juga tidak pernah becakap dengan semua girls kelas E dan M2. Aku cuma berteguran dan bersapa dengan 5 orang kawan sekelasku...itupun amat terbatas...

Kini masa telah lama berlalu, 1312..adalah hari kami berjumpa kembali selepas 30 tahun...aku rasa amat terharu kerana selepas 30 tahun kami akhirnya menjadi kawan yang amat baik sekali...Norlila datang dengan semangat suaminya yang tersayang dan anak-anaknya yang terkasih...dengan kerusi roda..aku lambangkan dia serikandi batch 78 dan special one semasa reunion batch kami...hinggalah Norlila menegur aku...Sop...janganlah panggil aku serikandi..aku malu.Barulah aku berhenti mengatakannya...actuallly aku really respect pada Norlila... dalam keuzuran sebegitu dia sudi datang semasa reunion...itulah cikgu.

Aku kini tidak rasa segan untuk menelefon Norlila untuk bertanya khabarnya dan begitu juga dia...gap antara kami semasa sekolah dulu telah dihapus oleh masa....dan kami [ girls and boys ] adalah mangsa masa silam yang amat kejam...aku juga berterima kasih kepada suami Norlila yang sporting dan anak-anaknya yang cantik manis serta peramah itu.

Aidil Fitri ini , aku dipertemukan oleh Tuhan dengan Norlila sekeluarga dirumah Hj Yahya Selamat...walau pada mulanya aku hendak ke rumah dia...tetapi dah terbabas sampai ke rumah Yahya...Alhamdulillah...kami beramah mesra, bergambar dan makan sama-sama 3 keluarga..gembira yang amat sangat..dan dalam masa sunyi begini aku mula memahami..rupanya ribut taufan dan guruh 31 tahun dahulu ialah untuk menghasilkan pelangi petang untuk kami semua...lebih menggembirakan, Norlila sudah semakin sehat dan berjalan seperti biasa.

Buat Norlila sekeluarga...salam bahagia dan gembira...aku dan keluarga amat gembira berjumpa dengan family kau dan kalau ke Kuala Rompin...jangan lupa singgahlah ke teratak kami..U memang special, suami dan anak-anak you amat membahagiakan...Salam.


******Saya rasa amat terharu di atas entri penghargaan buat persahabatan kita semua setelah 30 tahun berpisah dari SMSJ. Kalau dibandingkan dengan Noorsham dan Dr. Md. Rouse dengan saya, lebih besar pengorbanan yg telah mereka buat. Jarak yg beratus km jauh dari Sg. Petani, berbanding dgn saya yg hanya 40 lebih km saja dari Batu Pahat. Bukan saja semangat dari suami & anak2 saja yg menjadikan saya sihat semula, malah semangat yg disuntikkan dari rakan2 juga telah menjadikan saya bersemangat kental. Rasa tersentuh juga dek pertemuan 3 keluarga di rumah Hj. Yahya tempuh hari. Melihatkan anak2 semua yg semakin membesar tapi malu utk bertegur sapa, mengingatkan saya tentang tingkah laku kita sewaktu di SMSJ dulu.Insyaallah jika kami ke Rompin, kami akan berkunjung ke teratak awak. Salam persahabatan dari kami sekeluarga di Johor buat Tuan Guru besar sekeluarga di Pahang. Wassalam.

Tuesday, September 22, 2009

SALAM LEBARAN

Ting tong, ting tong, loceng di pintu pagar rumah asyik berbunyi aje dari pagi tadi. Hari ini kami sekeluarga tidak merancang untuk berhari raya ke mana-mana.
Pertamanya, rumah bapa, bapa mertua, datuk saudara, bapa dan ibu saudara di Batu Pahat semuanya telah kami selesai ziarahi sejak dari pagi hari raya pertama lagi.
Keduanya, terasa letih pula beraya sakan dari pagi hingga ke malam ke rumah saudara-mara sebelah suamiku. Dari Tanjung Semberong di kawasan Parit Raja sehinggalah ke Minyak Beku.Termasuklah ke rumah rakan kami, Tn. Hj. Yahya dan Hjh. Azimah serta bertemu pula dengan Yusof sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Rompin.
Ketiganya, kami bercadang untuk berihat saja sebelum sambung beraya ke rumah saudara-maraku di Muar esok.
Keempat, untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di kawasan kampung Parit Imam ni untuk datang beraya ke rumah yang kebanyakannya adalah rakan-rakan anakku, Ghazi.

RAYA PETAMA

Gambar keluarga di pagi raya. Tidak ketinggalan juga anakku, Nadiah yg sedang online dari Australia (macam perut teletubies pula).

Beraya di rumah bapaku di Kampung Istana.

Beraya di rumah ibu saudara suamiku, Hajah Hanifah (Mak Teh). Selepas selesai tahlil keluarga kami menjamu selera.

Dua orang hero kebanggaan keluarga kami.


RAYA KEDUA


Beraya di rumah Haji Yahya dan Hjh. Azimah di samping bertemu rakan2 persekolahan.
Yusof(5M1), Hj. Yahya(5E1-classmate), suamiku, saya, Hjh. Azimah(classmate SK Tengku Mariam) dan isteri Yusof.

Pasangan suami isteri Yusof, Haji Yahya, Haji Radin bersama anak2 tersayang(ramainya).

Friday, September 11, 2009

REZEKI RAMADHAN

Macam mana kalau saya tukar profesyen sempena bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ini?Memandangkan saya sedang bercuti panjang ni, ok juga rasanya kalau nak menambah pendapatan. Beg dah ada tu. Untung juga kalau berniaga kuih dan biskut raya. Oleh sebab dah dekat nak Raya ni, tinggal 8 hari saja lagi, iklankan saja dalam blog. Kakitangan awam dah dapat gaji kan? Jadi, siapa yang nak beli, datang aje lah ke rumah. Siapa dulu, dia yang dapat. "First come , first serve!"

Salam semua. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping itu, pastinya ibubapa dan ahli keluarga sedang rancak membuat persiapan untuk Raya seperti mengemas dan menghias rumah serta penyediaan kuih dan biskut raya. Bagi yang berkerjaya, kuih raya jenis tunjuk-tunjuk. Kena semak balik senarai pesanan kuih yang telah di buat sebelum puasa dulu. Betul tak apa yang diorder, itu yang kita dapat? Budget ok tak? Ada yang dah lari budgetnya? Bonus dapat RM250 aje untuk Raya! Selebihnya akan dapat dalam bulan Disember. Itupun untuk kumpulan sokongan aje. Yang lain minta maaf banyak-banyak. Tak ada rezeki...

Ooh... Idaklah teman berminat nak meniaga kuih dan biskut Raya pulak! Biaq la untung besaq mana pun, bagi orang lain la rezeki tu. Cukup lah dengan gaji cikgu aje. Cikgu kecik, gaji pun kecik lah. Tak pe dah rezeki...

Yang sebenonye goodie bag dan kuih serta biskut raya semua tu hasil usaha titik peluh Cik Nama ( sama nama ). Memang setiap tahun Lila akan membuat, mengedar dan menjual kuih dan biskut Raya tu. Golongan artis pun ada yang menjual kuih raya Lila, tapi sampai Kuala Lumpur dah ditampal dengan nama syarikat lain pula. Harga pun dah lain...

Kalau di Batu Pahat ni, Lila berniaga kuih rayanya di Batu Pahat Mall. Lokasinya di tingkat basement parking lot, berhampiran dengan escalator. Gerai untuk bulan Ramadhan saja. Kalau nampak gerai Lila Delight Cookies yang bosnya berbadan gempal, berkulit cerah dan bercermin mata , betul lah tu.

Semoga hasil titik peluh Lila akan dapat menambah rezeki keluarganya. Kalau bukan bulan puasa, Lila berniaga di Restoran Syam. Dia menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Waktu malam, ibu dan adiknya pula yang mengambil alih. Dalam bulan Ramadhan ni, Restoran Syam ditutup. Memang Lila ni berbakat dan berkelulusan dalam bidang memasak ni.

Saya pula hanyalah seorang guru kecil. Nama kami berdua saja yang serupa namun kami berbeza...

Saturday, September 5, 2009

RAHMAT RAMADHAN


Hari ini sudah 15 Ramadhan 1430 Hijrah. Bermakna kita telah berpuasa selama 15 hari dan tinggal 15 hari saja lagi sebelum 1 Syawal. Alhamdulillah, aku telah dapat melaksanakan ibadat puasa ini dengan jayanya setakat ini tanpa apa-apa komplikasi. Walaupun aku terpaksa mengubah jadual pengambilan ubat-ubatan untuk disesuaikan dengan waktu bersahur dan berbuka, namun tubuhku dapat menerima perubahan tersebut dengan baik.

Suami, anak2, adik2 serta rakan2ku mengatakan yang aku kelihatan lebih kurus daripada biasa. Anakku, Nadiah pun memberi komen yang sama apabila kami berkomunikasi melalui skype. Itu juga komen dari pakar kardiologi yang merawatku pada temujanji kami yang lalu. Katanya lagi, itu merupakan satu perkara positif dan menyarankanku agar meneruskan gaya pemakananku serta latihan fizikal yang aku lakukan pada hampir setiap petang. Memang menjadi rutin bagiku untuk memantau berat badan, tekanan darah dan denyutan nadi pada setiap hari. Malah, selain daripada alat timbang berat, suamiku juga menyediakan alat untuk mengambil tekanan darah dan steteskop juga untukku!

Umpama seorang doktor, suamiku akan menanyakan hasil pemantauanku ini pada setiap hari. Sehingga ke hari ini pun, dia masih mengucap syukur kehadrat Illahi kerana keadaan kesihatanku yang mengizinkan aku menjalankan tanggungjawabku sepanjang bulan Ramadhan ini. Tugas rutin seperti menyediakan juadah bersahur, membangunkan ahli2 keluarga dan menyiapkan Ghazi untuk ke sekolah dapat aku laksanakan. Manakala, pembantu rumahku pula akan menguruskan kerja-kerja rumah yang lain seperti mencuci, mengemas dan membersih serta menggosok pakaian. Sesekali aku juga akan menunaikan permintaan suami dan anak2 untuk memasak juadah berbuka puasa. Selalunya, suamiku akan ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah-juadah tersebut. Kadangkala kami juga akan berbuka di luar.


Alhamdulillah, aku juga dapat menunaikan solat tarawikh di rumah. Itupun aku bersolat dalam keadaan duduk dan akan berehat sebentar bila penat. Walaupun demikian, suami dan anak2ku tetap menunaikannya di masjid. Mereka akan bersembahyang tarawikh di masjid yang berbeza pada setiap malam. Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana anak lelaki kami, Ghazi juga turut sama menunaikannya tanpa apa-apa rungutan pun. Malah, dialah yang sering mengingatkan ayahnya tentang solat tersebut setiap kali selesai solat maghrib! Puasanya pun penuh setakat ini, walaupun kadangkala mengadu dahaga setiap kali pulang dari sekolah. Bermacam alasan aku berikan untuk menahannya daripada minum sebelum tiba waktu berbuka. Ghazi... Ghazi... Kakak2nya dulu tak ada masaalah pun berpuasa ketika di alam sekolah rendah.


Budak lelaki memang macam ni ke? Itulah soalan yang selalu aku tanyakan kepada suamiku setiap kali Ghazi melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kakak2nya yang seramai 4 orang tu. Setelah menimbangkan segala kemungkinan yang disuarakan oleh suamiku, akhirnya aku akan membuat ulasan,"LIKE FATHER, LIKE SON" ( Bapa borek, anak rintik )...

Saturday, August 29, 2009

RAMADHAN ALMUBARAK

SEJARAH RAMADHAN

  1. Ramadhan: ertinya panas terik
  2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan di mana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
  6. Dipilih untuk ibadat puasa.
  7. Dipilih untuk ibadat lain seperti Tadarus Al Quran.


KELEBIHAN RAMADHAN

  1. Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksaan kubur.
  2. Bulan penuh keberkatan.
  3. Di malamnya adalah lebih baik drpd 1000 bulan.
  4. Amalan sunat sama dengan solat fardhu.
  5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi makanan untuk berbuka puasa banyak pahalanya.
  9. Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa dan juga pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama mulanya rahmat 10 hari kedua pengampunan dan 10 hari terakhir bebas dari api neraka.


AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan.
  3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
  7. Solat berjemaah setiap waktu.
  8. Solat jemaah di masjid/surau.
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
  10. Sahur di waktu akhir
  11. Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
  12. Mandi Janabat sebelum Imsak.
  13. Kurangkan tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pancaindera.
  19. Elakkan gosok gigi pada waktu petang
  20. Hadiri majlis ilmu.
  21. Buat baik pada ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pada suami.
  23. Banyakkan bersedekah.
  24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api.
  25. Berbuka bersama orang tua.
  26. Jemput tetamu berbuka.
  27. Kurangkan berat badan
  28. Banyakkan ik'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
  29. Baiki hubungan suami isteri.
  30. Baiki hubungan jiran.
  31. Isteri jauhi daripada keluar rumah dengan memakai mekap dan perhiasan.
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat, istighfar dan ,bertasbih.
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
  36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
  37. Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu.
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
  39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
  40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
  41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yang telah meninggal dunia.
  42. Melazimkan solat awal waktu.
  43. Elakkan bersiar2 yang menjadikan pandangan liar sebelum berbuka.
  44. Elakkan banyak berhutang.
  45. Mempunyai perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.
  46. Tunaikan zakat fitrah.