Monday, January 24, 2011

TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda 
Kecewa menyelubungi jiwa 
Aku lupa... 


Alhamdulillah. Bersyukur aku kehadrat Illahi kerana sentiasa mengingatkan aku setiap kali aku alpa. Setiap ujian yang aku lalui dalam hidup ini membuatkan aku semakin tabah dan akur bahawa ujian itu merupakan peringatan daripadaNya agar aku berubah menjadi insan yang lebih baik. Insyaallah, aku tidak pernah menyesali dan mengeluh setiap kali diuji olehNya. Namun, aku sentiasa berdoa agar ALLAH mendugaku setakat apa yang aku termampu untuk memikulnya. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui.

Terima kasih rakan-rakan serta kenalan semua, kerana sentiasa mengingatkan aku bahawa anda semua sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan diriku. Ketika aku diduga, baru kusedari anda semua sentiasa ada bersamaku untuk memberikan semangat dan kekuatan kepada diriku. Malah, ada rakan-rakan yang menitiskan airmata ketika bertemu meskipun kita telah terputus hubungan hampir 30 tahun... Betapa terharunya aku... Terima kasih semua, kerana masih mengingatiku.

Buat jiran-jiran tetanggaku, terima kasih kerana selalu mengingatkan aku tentang keadaan kesihatanku. Mereka sentiasa menanyakan khabarku. Kami semua tidak pernah lupa untuk bertegur-sapa setiap kali bertemu. Sekurang-kurangnya kami akan melemparkan senyuman jika tidak sempat berbicara. Kami semua umpama satu keluarga yang besar! Maklumlah taman perumahan kami ini mengandungi hanya 44 buah rumah sahaja...

Untuk Ayahku dan adik-adikku, terima kasih kerana sentiasa berada bersamaku dalam apa jua  situasi. Umpama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulillah, adik-adikku serta ahli keluarga kami selalu juga berkumpul bersama-sama Ayahku serta Mak Wan. Setidak-tidaknya pun, kami mengadakan majlis Tahlil Keluarga terutamanya untuk Allahyarhumah emak kami yang dikasihi serta Allahyarham adikku, Rosman. Aku tidak akan lupa bahawa aku mempunyai kamu semua... 

Buat anak-anakku, Ibu rasa bersyukur kehadrat Illahi kerana mempunyai zuriat yang sentiasa mengingatkan Ibu dan berdoa  untuk kesihatan serta kesejahteraan hidup Ayah dan Ibu. Setiap ujian yang diturunkan ALLAH telah kami sama-sama lalui dengan sabar dan tabah. Pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang ringgit serta perhatian yang diberikan untuk Ibu sentiasa mengingatkan Ibu betapa anak-anak semua begitu sayang dan kasih kepada Ibu. Itulah juga yang menjadi pendorong kepadaku untuk menjalani hidup ini dengan lebih yakin dan tabah. Sesungguhnya Ibu juga sangat-sangat menyayangimu, wahai anak-anakku...

Buat suamiku, rasa penghargaan yang tidak terhingga buatmu kerana telah sama-sama mengharungi susah senang hidup ini di samping selalu mengingatkan aku dalam banyak perkara. Kau sentiasa bersamaku dalam setiap ujian yang diturunkan ALLAH dan tidak putus-putus berusaha serta berdoa untuk kesejahteraan hidup kita. Pengorbanan serta perhatian yang diberikan kepadaku, meskipun ia merupakan tanggungjawabmu kepadaku, isterimu, telah kau laksanakan dengan baik. Alhamdulillah...

Setinggi penghargaan dan terima kasih kulafazkan buat suami, anak-anakku, Ayahku, adik-adikku, jiran tetanggaku, rakan serta kenalanku. Tolong ingatkan aku seandainya aku lupa...

Monday, December 13, 2010

HAPPY ANNIVERSARY

An inspirational thought specially dedicated to my husband...

YOU'RE ALL I'VE EVER NEEDED

You are the sun that lights the sky
The stars that shine at night,
The rainbow that comes through the rain 
To make the day feel bright...

You have the smile I long to see
The voice I want to hear
You give me warmth and comfort
Every time you hold me near...

Yours is the heart that beats with mine
You're the air I need to breathe
The driving force within my life
In which I can believe...

You are the inspiration
In my every word and deed
You fill my heart with love
And fill my life with all I need.

Thank you for being my loving and caring husband
Thank you for being a caring and responsible father to our beloved children
Thank you so much for EVERYTHING...

HAPPY 26TH ANNIVERSARY 

             With all my love, 
                 Your Wife






Tuesday, December 7, 2010

Tuesday, July 6, 2010

NOKTAH PELAYARAN MU

Ayahanda A.Samad, Royhaini, Bonda Selmah, Kak Asmah dan Ninda Saadiah,
Norlila, Rosman, Norlida dan Roslan.
Almarhum Rosman bin A.Samad

Bahtera mu dibina dengan begitu kukuh,
Lalu dilayarkan dari tempat ianya berlabuh,
Sebagai nakhoda, kau yang mengemudi bahtera itu,
Tanpa mengharapkan orang lain untuk membantu,
Bahteramu meredah laut dalam  hujan dan panas,
Pukulan ombak di laluan bahteramu agak ganas,
Betapa tabahnya kau tanpa mempedulikan cuaca,
Hala tuju bahteramu agak tersasar jadinya...

Namun, sampai juga kau ke destinasimu,
Halangan dan dugaan kau tempuhi tanpa jemu,
Kami  hanya berdaya mendorong dan membantu,
Menghulurkan bantuan sekadar yang perlu,
Jatuh bangun, suka duka dan pahit manis hidupmu,
Kau harungi dengan cekal, tabah dan semangat padu,
Sehingga kau alpa pada keupayaanmu dan usia,
Lalu kau terpaksa akur pada kehendak Yang Maha Esa...

Selama hampir sebulan kau berjuang habis-habisan,
Kami tak putus-putus memberikan dorongan,
Keluarga terutama anak-anakmu terus memanjatkan doa,
Setiap hari yang berlalu, keadaan kesihatanmu berubah,
Terkejut, terpegun, terkesima, lega dan tertanya-tanya,
Perasaan yang sentiasa bercampur-baur jadinya,
Harapan, doa, kata-kata semangat dan usaha,
Kami panjatkan buatmu, wahai adinda...

Namun, takdir dan ketentuan ALLAH kami akur,
Kau pergi jua pada pagi Sabtu, 26 Jun 2010,
Tika bait-bait akhir Surah Yassin sedang dibaca,
Oleh anakandamu yang tercinta buat ayahandanya,
Semoga rohmu dirahmati ALLAH sentiasa,
Diampuni segala dosa dan diterima amal jariah,
Dan ditempatkan bersama orang yang beriman,
Sesungguhnya doa kami sentiasa mengiringmu, Ameen...

AlFatihah buat adinda ku, Almarhum Rosman bin A.Samad...

Buat Arsyad, Asyraf dan Aznil,  Mak Long mendoakan semoga anak-anak buah ku ini tabah dan cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Anggaplah Atok Ayah, Mak Long, Mak Uda, Pakcik Lan, Mak Teh dan Mak Cu sebagai pengganti kepada Almarhum Ayahandamu yang tercinta...
Sesungguhnya kami juga menyayangi mu...


                      Almarhum Rosman  bin A.Samad               Rosman, Norlila, Royhaini dan Norlida,
                                                                                 Norliza, Bonda, Roslan, Ayahanda dan Norliha.