Friday, July 24, 2009

Tempahan Kuih Raya

Alhamdulillah. Baru ada kelapangan. Dah bulan Syaaban dah. Lepas tu, Ramadhan. Ni yang paling seronok. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Kemudian, Syawal. Raya Puasa ni masuk 2 kalilah Nadiah tidak dapat merayakannya dengan keluarga di Malaysia. Menurut katanya, sehingga beliau tamat belajar nanti baru dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama kami. Tak mengapalah...

Minggu lepas, sepupu suamiku berkunjung ke rumah. Membawa sampel kuih raya untuk dibuat tempahan. Sempat juga suamiku berpesan, "Orderlah, tapi jangan banyak2..." Kebetulan Nadiah masih bercuti lagi. Belum balik ke Australia lagi. Pesanan dibuat ikut selera anak2lah. 50 keping berharga RM18.00, kalau 100 keping harganya RM30.00.

Hari tu pulak, Aca bawa balik sampel kuih. Katanya emak kawannya yang buat. Puas dia memujuk aku dan Huda untuk buat pesanan. Bukan main lagi dia mempromosi kuih2 tersebut. Sampel2 kuih tu boleh dimakan terus. Tapi, memanglah sedap rasanya. Sekali lagi suami ku berpesan,"Orderlah, tapi jangan banyak2..." Aku menjawab,"Ya, Tuan YDP..." Suamiku adalah Yang Dipertua PIBG di sekolah tempat Aca menuntut. Tersenyum dia. Bukan apa. Cara dia berpesan kepada kami seperti dia berpesan kepada Ahli-ahli Jawatankuasanya.

Dalam blog Azie pun ada tanya pasal kuih raya yang saya pernah bawa untuk rakan2 masa menanda kertas BI tahun lepas. Sampelnya belum sampai lagi. Tahun ni, saya tak pergi membeli kuih2 raya, tapi tunggu aje sampel2nya dihantar ke rumah. Bila dah buat tempahan, tunggu pulak pesanan dihantar ke rumah. Jadi, nanti saya bagi Azie peta lokasi rumah tempat kuih2 yang you suka tu. Maklumlah keadaan sudah berubah sekarang...

Thursday, July 16, 2009

GUESS WHAT MY NEW HOBBY IS.

Things needed:

Lets have a closer look........ :)

One more?

The result:

Any comments?

The answer is.............

But, limited to my 4 beautiful daughters' attires and of course, MINE!

Tuesday, July 7, 2009

MERDEKA! DAPURKU PUN DAH MULA BERASAP...

Hari Jumaat lepas, tamatlah tempuh kuarantin bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah kami sekeluarga sihat-sihat aje. Tiada sesiapapun dalam keluarga kami yang menunjukkan ada tanda2 dijangkiti Influenza A atau H1N1. Anakku N, semakin berselera menikmati hidangan Melayu yang telah lama diidamkan. H dan A telahpun mengangkut barang-barang mereka balik ke rumah kami dari rumah Atok Ayah dan Atok Bak mereka. Ajie pun dah mula bersiap-siap untuk bersekolah semula.
Sebenarnya, aku pun terpaksa menunda tarikh temujanjiku untuk pemeriksaan doktor di HSA, JB demi untuk kuarantin tersebut. Mujurlah suamiku bekerja sendiri, oleh itu mudahlah beliau merancang dan mengagihkan kerja kepada sesiapa yang berkenaan.
Mengenai temujanjiku di HSA, aku sepatutnya datang pada hari Selasa untuk memasang "Holter", sejenis alat untuk mengambil bacaan ECG sepanjang 24 jam. Selepas itu, pada keesokan harinya aku perlu ke HSA lagi untuk menanggalkan alat "Holter" tersebut. Bacaan ECG akan dianalisa oleh doktor pakar kardiologi. Sekiranya didapati kesihatanku masih bermasalah, pihak hospital akan menelefonku untuk rawatan lanjut. Aku berdoa agar segala-galanya berjalan lancar dan tiada lagi masalah baru tentang kesihatanku, Ameen.
Setelah selesai urusan di HSA, kami sekeluarga ke Melaka pula untuk menghantar barang-barang anakku, F yang berada di MRSM Jasin. Rindunya kami sekeluarga kepadanya... Sesampainya kami di Jasin, kami pun membawanya "outing" untuk membeli segala keperluannya serta untuk makan tengahari. Aku seperti biasa berkerusi roda dengan disorong oleh anakku. Sebenarnya jika difikirkan, ada juga kelebihannya berkerusi roda ni. Dapatlah kami menggunakan ruang "parking" yang hampir dengan pintu masuk mana-mana kompleks beli-belah ( yang ada gambar orang naik kerusi roda tu ). Malah, aku juga menggunakan kemudahan awam untuk Orang Kurang Upaya yang lain kerana pergerakanku yang agak terhad. Semua ini dengan bantuan suami dan anak-anaku yang tersayang. Sehingga kini pun aku terpaksa duduk di atas kerusi ketika bersolat.
Setelah menghantar F ke asramanya, kami pun bertolak pulang ke Batu Pahat lebih kurang jam 6.30 ptg. Sempat juga kami singgah di Alai, Melaka untuk menikmati ikan bakar di sana. Sungguh berselera N dan Ajie menikmati semua juadah yang terhidang seperti ikan, sotong, udang, otak2 berserta nasi lemak. Kami sampai ke rumah lebih kurang jam 10.30 mlm. Terasa letih juga badan ni...
Namun, tak cukup dengan itu, suamiku dan N teringin pula nak makan Laksa Johor. Lalu, kami pun sama-sama bertungkus-lumus di dapur untuk memasak juadah tersebut. Sebenarnya Laksa Johor ni, merupakan hidangan kegemaran keluargaku sejak dari dulu lagi. Maaflah adik2 ku dan rakan2 ku sekelian, aku tak dapat menjamahkan kalian juadah tersebut. Oleh kerana aku baru nak cuba2 ke dapur semula dengan pergerakan yang agak terhad ini, tak dapatlah nak masak lebih2. Tapi, yang pentingnya, dapurku dah mula berasap dah...
Dek kerana terlalu lasak ke sana ke sini, aku demam panas pada esoknya. Alhamdulillah dah beransur pulih dah hari ini...


Monday, June 29, 2009

Huda1 Nadiah1 = H1N1

Alhamdulillah. Anakku N telah pun selamat sampai ke rumah dalam keadaan sihat wal'afiat. Begitu juga suamiku. Kesian suamiku. Bayangkan, anakku sampai di CA, Singapura. Tetapi, dek kerana kes H1N1 yang pertama di Johor minggu lepas, di mana kerajaan Johor terpaksa membayar pampasan kepada pemandu teksi tersebut, suamiku terpaksa mengambil langkah2 drastik.
Suamiku terpaksa memandu ke LCCT Sepang, ambil flight ke S'pura dan berjumpa N di CA. Kemudian, ambil flight balik ke KLIA pada malamnya. Malangnya flight anakku dari M, A telah dtangguhkan sehingga 4 jam. Jadi, bila beliau sampai ke airport, flight ke KL telah pun berlepas!
Terpaksalah ambil flight ke KL pada jam 7.00 pagi esok. So, tidur di airportlah dua beranak tu. Kesiannya...
Sampai aje ke rumah, anak2ku H dan A sudah pun bersedia dengan beg2 pakaian dan keperluan yang lain. Semuanaya diangkut ke dalam kereta H. Cukup dengan sekadar bertegur -sapa aje dengan N, kedua2nya pun bertolak ke rumah Mak Cu mereka di Tmn Bukit Perdana. Mereka berdua mewakili aku dan suamiku ke majlis perkahwinan anak mantan teman sepejabat suamiku. Dan bermulalah tempuh kuarantin untuk N ( hari ke2), suamiku, anakku Ajie dan aku...Jiran2 terdekat telah ku maklumkan tentang "Home Quarantine " kami. Stok2 makanan dan keperluan telahpun kami sediakan beberapa hari lalu. Yang jelas, Ajie lah orang yang paling seronok untuk menghadapi kuarantin ini. Menyahut seruan Kementerian Kesihatan...
N agak terkejut juga apabila media elektronik dan media cetak asyik menyiarkan tentang berita terkini dan kes2 terbaru Influenza A ( H1N1). Sehinggakan anakku Ajie mempunyai persepsi bahawa kami berempat tidak boleh keluar kawasan rumah kerana di luar ada H1N1. Aku cuba2lah bertanya apa itu H1N1? Jawabnya, Huda 1 Nadiah 1, iaitu nama2 kakak-kakaknya! Susahnya aku nak memperbetulkan persepsinya itu...
Namun, satu amalan baik yang ku lihat berjaya dipraktikkannya ialah Ajie akan sentiasa mencuci tangannya dengan sabun dan air selepas memegang benda-benda yang pada pendapatnya ada bakteria...! Semoga N dan kami bertiga sentiasa berada dalam keadaan sihat ketika dalam kuarantin ini. Kesian anak2 ku H yang terpaksa bermalam di rumah Atok Ayahnya dan A di rumah Atok Baknya kerana tidak mahu terlibat dengan kuarantin ini. Mereka dapatlah menjalani kehidupan seharian seperti biasa walaupun terpaksa menumpang di rumah datuk2 mereka. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar...

Thursday, June 25, 2009

Dilema Seorang Ibu

Sudah agak lama tiada entri baru yang dapat dimasukkan ke dalam blog. Macam-macam perkara yang berlaku dan urusan yang terpaksa dibereskan. Anak-anak yang pulang bercuti juga perlu diberikan perhatian yang lebih. Maklumlah dah lama berjauhan...

Peluang pergi bercuti ke pantai timur bersama keluarga amatlah manis sekali. Walaupun suami dan anak2 terpaksa mengikut "rentak" ku serta membantu ku sepanjang waktu percutian, dapat ku lihat betapa sabarnya mereka. Mana tidaknya, hotel perlu yang ada lif kerana aku masih kurang berkeupayaan untuk menaiki tangga. Berjalan pun kadang-kadang perlu dipimpin, kerana masih belum begitu stabil lagi. Ada kalanya aku menggunakan juga kerusi rodaku.

Pulang dari bercuti, suamiku, anak2ku serta diriku juga demam, batuk2 dan selsema sehingga hilang suara. Kecuali F dan G yang tidak sakit apa2 pun, kami semua mengambil masa seminggu untuk betul2 sembuh.

Kini, aku berada dalam dilema pula. Anak keduaku, N akan bertolak dari M, A pada hari Sabtu, 27 Jun 2009 jam 10.00 pagi waktu A dan dijangka akan sampai ke CA di S pada jam 6.00 petang. Beliau akan pulang untuk cuti musim sejuk dan tujuan utamanya adalah untuk bersama-sama keluarga yang dirinduinya. Sebagai ibu, aku faham dia juga ingin mengikuti perkembangan kesihatan diriku. Menurutnya dia dapat rasakan perkembangan positif daripada suaraku yang selalu ceria apabila bercakap dengannya sejak kebelakangan ini.

Akan tetapi, bila memikirkan tentang wabak H1N1 atau SB yang sedang merebak sekarang ini, hatiku berbelah-bagi. Tidak dapat ku bayangkan reaksinya seandainya aku menyuruhnya membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung halaman. Pasti beliau akan berkecil hati. Sedang aku berkira-kira untuk mengaturkan langkah-langkah yang perlu diambil apabila beliau berada di rumah nanti , kami dikejutkan dengan kes H1N1 yang pertama di Johor!

Sejak seminggu ini, setiap hari aku akan menelefon N untuk bertanya khabar di samping memberikan nasihat demi nasihat yang terlintas di dalam ingatan. Mengalahkan seorang doktor lagaknya...

Makan lebih buah-buahan yang banyak vitamin C untuk elakkan selsema. Pakai topeng pernafasan di tempat awam, pastikan makan makanan berkhasiat supaya tidak demam dan banyakkan minum air panas. Cuci tangan selalu dan macam2 lagi... Sehingga aku terlupa yang aku sedang bercakap dengan seorang bakal doktor, sebenarnya. Tentulah dia lagi arif. Akhirnya beliau ketawa dengan bebelan aku yang panjang itu...

Sebenarnya, bagi rakyat negara A, mereka telahpun diberikan suntikan vaksin selsema menjelang musim sejuk ini, termasuklah pelajar-pelajar universiti. N telahpun menerima suntikan tersebut. Adalah satu perkara lumrah jika ada sesiapa yang mengidap selsema pada musim sejuk ini di negara A. Oleh itu, ketika pelajar2 Malaysia memakai topeng pernafasan di tempat awam di sana, rakyat A berasa hairan dan pelik. Namun, aku berjaya membuat N berjanji untuk berhati-hati dan memakai topeng pernafasan itu kelak.

Bagi diriku dan suami, selagi anakku, N belum menjejakkan kaki ke rumah kami, selagi itulah aku tidak akan berhenti berdoa untuk beliau...
"Ya ALLAH, Kau lindungilah anakandaku ini daripada segala bala bencana, mala petaka dan mara bahaya. Permudahkanlah segala urusannya sehingga beliau selamat sampai ke pangkuan keluarga yang amat dirinduinya. Kekalkan kesihatannya pada tahap terbaik dan lindungi beliau daripada sebarang penyakit, Ameen..."