Alhamdulillah. Hari ini adalah hari ke 29 dalam bulan Syawal dan hari kedua sambutan Deepavali. Terdapat beberapa peristiwa yang menjadi kenangan dalam hidup kami sekeluarga dalam bulan Syawal ini.
Anakanda kami Nadiah bertemu dengan ninda saudara suamiku, Tok Cu Hjh. Halimah binti Hj. Ali yang kebetulan menyambut Aidil Fitri di rumah anakandanya di Melbourne. Ketika menyertai aktiviti perkhemahan di sana, mereka bertegur-sapa dan akhirnya barulah diketahui bahawa mereka adalah bersaudara walaupun sudah lebih 6 bulan Nadiah berkawan rapat dengan anakandanya, Dr. Tuti Iryani.
Ibu saudara sepupu suamiku, Dr. Tuti Iryani bersama-sama 2 orang anakandanya di samping peserta perkhemahan tersebut di Melbourne. Dr. Tuti sedang menyambung pengajiannya di peringkat Phd di sana.
Suamiku, anakanda kami Ghazi dan aku bersama ninda saudara suamiku, Tok Cu Hjh. Halimah binti Hj. Ali di Majlis Rumah Terbuka anakandanya, Dr. Raha di Johor Bahru.
Sebenarnya pertemuan yang tidak disangka-sangka ini telah mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli keluarga kami. Tok Cu adalah adik bongsu kepada datuk suami ku. Betapa kecilnya dunia ini...
4 comments:
ibu dear, nama mkcik yan bukan dr Tuti Izyan, tapi dr Tuti Iryani.
^_^
Ok, Ibu dah betulkan... Thanks.
Anyway, Good Luck and wish you the very best for your presentation tomorrow from Ayah and Ibu.
kau sehat lila? semoga kau bertambah sehat dan gembira...
Salam Usop.
Alhamdulillah.Saya sehat, cuma agak sibuk dgn anak2 yg menghadapi peperiksaan masing2.Maklumlah doa drp ibubapa yang paling makbul kan...
Post a Comment