Monday, December 13, 2010

HAPPY ANNIVERSARY

An inspirational thought specially dedicated to my husband...

YOU'RE ALL I'VE EVER NEEDED

You are the sun that lights the sky
The stars that shine at night,
The rainbow that comes through the rain 
To make the day feel bright...

You have the smile I long to see
The voice I want to hear
You give me warmth and comfort
Every time you hold me near...

Yours is the heart that beats with mine
You're the air I need to breathe
The driving force within my life
In which I can believe...

You are the inspiration
In my every word and deed
You fill my heart with love
And fill my life with all I need.

Thank you for being my loving and caring husband
Thank you for being a caring and responsible father to our beloved children
Thank you so much for EVERYTHING...

HAPPY 26TH ANNIVERSARY 

             With all my love, 
                 Your Wife






Tuesday, December 7, 2010

Tuesday, July 6, 2010

NOKTAH PELAYARAN MU

Ayahanda A.Samad, Royhaini, Bonda Selmah, Kak Asmah dan Ninda Saadiah,
Norlila, Rosman, Norlida dan Roslan.
Almarhum Rosman bin A.Samad

Bahtera mu dibina dengan begitu kukuh,
Lalu dilayarkan dari tempat ianya berlabuh,
Sebagai nakhoda, kau yang mengemudi bahtera itu,
Tanpa mengharapkan orang lain untuk membantu,
Bahteramu meredah laut dalam  hujan dan panas,
Pukulan ombak di laluan bahteramu agak ganas,
Betapa tabahnya kau tanpa mempedulikan cuaca,
Hala tuju bahteramu agak tersasar jadinya...

Namun, sampai juga kau ke destinasimu,
Halangan dan dugaan kau tempuhi tanpa jemu,
Kami  hanya berdaya mendorong dan membantu,
Menghulurkan bantuan sekadar yang perlu,
Jatuh bangun, suka duka dan pahit manis hidupmu,
Kau harungi dengan cekal, tabah dan semangat padu,
Sehingga kau alpa pada keupayaanmu dan usia,
Lalu kau terpaksa akur pada kehendak Yang Maha Esa...

Selama hampir sebulan kau berjuang habis-habisan,
Kami tak putus-putus memberikan dorongan,
Keluarga terutama anak-anakmu terus memanjatkan doa,
Setiap hari yang berlalu, keadaan kesihatanmu berubah,
Terkejut, terpegun, terkesima, lega dan tertanya-tanya,
Perasaan yang sentiasa bercampur-baur jadinya,
Harapan, doa, kata-kata semangat dan usaha,
Kami panjatkan buatmu, wahai adinda...

Namun, takdir dan ketentuan ALLAH kami akur,
Kau pergi jua pada pagi Sabtu, 26 Jun 2010,
Tika bait-bait akhir Surah Yassin sedang dibaca,
Oleh anakandamu yang tercinta buat ayahandanya,
Semoga rohmu dirahmati ALLAH sentiasa,
Diampuni segala dosa dan diterima amal jariah,
Dan ditempatkan bersama orang yang beriman,
Sesungguhnya doa kami sentiasa mengiringmu, Ameen...

AlFatihah buat adinda ku, Almarhum Rosman bin A.Samad...

Buat Arsyad, Asyraf dan Aznil,  Mak Long mendoakan semoga anak-anak buah ku ini tabah dan cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Anggaplah Atok Ayah, Mak Long, Mak Uda, Pakcik Lan, Mak Teh dan Mak Cu sebagai pengganti kepada Almarhum Ayahandamu yang tercinta...
Sesungguhnya kami juga menyayangi mu...


                      Almarhum Rosman  bin A.Samad               Rosman, Norlila, Royhaini dan Norlida,
                                                                                 Norliza, Bonda, Roslan, Ayahanda dan Norliha.

Saturday, May 1, 2010

Friday, April 23, 2010

THE BOY NEXT DOOR


Early one morning while we were having breakfast, we heard some noise outside. The four of us, Man, Noli, Lan and I, tried to finish  our nasi lemak as fast as we could. Even my mother was surprised to see us cleaning up the table together without complaining. Then, we ran to the front door and saw a big green lorry loaded with furnitures in it. To get a clearer view, we all stood at the veranda overlooking our next door neighbour's house."Looks like we're going to have some new friends!""Yeah! 2 girls & 3 boys!""Wonder who they are!""Where do they live before this?" The questions kept pouring out from the four of us, and yet there wasn't any answers to the questions. At least for that day...

A few days after that, we got the chance to get to know the family quite well. We became friends and spent our weekends playing 'hide-and-seek', 'police-and-thief'  and badminton together. We seldom see each other during school days because we went to different primary schools in town, the non co-ed schools and of different sessions, either morning or afternoon. Among the 2 girls and 3 boys, the eldest boy is the most hardworking and obedient boy. He always helps the family to clean their garden and seldom play with us.

When I got the chance to continue my secondary education in a boarding school in JB and then in Kluang, I seldom see the boy next door anymore. Not until one night when one of my senior handed me a letter. She had just arrived from a trip to JB with our School Debate Team (BM and English ). Oh my! It was from the boy next door! He had continued his secondary education in a technical school in JB. From that day onwards, we became friends...

As the years passed by, the boy next door started his career life as a government servant immediately after his MCE result came out. Although the result was quite good, he had to start working  to support his parents and  three siblings who were still schooling. A few years after that, the boy next door managed to rent a house. So, finally one day, his parents and siblings packed all their belongings and happily shifted to their new house...

The boy next door took good care of his parents and siblings. All their needs were fulfilled. He worked hard for his family and has even bought a house for them. When the boy next door finally got married, he decided to pursue his studies in UiTM Segamat as an out-campus student. He had to hold responsibilities as a son to his parents, a husband to his wife, a father to his children, an employee to his employer and a student in the university...


With his beloved parents after receiving his Diploma

When the boy next door finally graduated, he migrated to Kuala Lumpur to hold a new post there. Once again, he decided to pursue his studies but now in UiTM Shah Alam. The hectic life in the city and the heavy workload at the office did not permit him to finish his studies as scheduled. So, when the boy next door decided to come back to  Johore for good, he continued his studies in UiTM Melaka instead. Just imagine, his family stayed in Batu Pahat, his office was in Johor Bahru and he had to travel to Melaka thrice a week for his classes! Finally, he obtained a Degree at the age of 38... Better late than never...


With my parents and me after receiving his Degree
( His parents were  in Mecca at the moment )
No matter what he did or where he was, the boy next door never forgets his parents, especially his beloved mother. A motorcycle, a car and a house were among the things that he had bought for his parents and siblings. He had even saved up some cash together with his eldest sister so that their parents could perform the Hajj in Mecca. All their necessities are being taken care of, financially and of course with love and care...

The boy next door had now become my closest friend and companion. He is now still  busy at his very own office, Nur Cempaka Enterprise; while I'm trying my very best to finish this entry before he comes home. He is none other than the FATHER to my five beloved children, and of course, my beloved HUSBAND...

With the children and me

Saturday, March 27, 2010

PENAWAR RINDUKU

Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku begitu mudah menitiskan airmata. Terutama sekali ketika aku bersendirian di rumah. Aku menjadi terlalu emosional. 

Pernah suatu malam sebelum melelapkan mata, suamiku menegurku ketika dia terperasan yang aku sedang menangis. Apabila diajukan soalan mengapa aku menangis, aku tercari-cari jawapan yang logik untukku ucapkan kepadanya. Memandangkan pada ketika itu, aku baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada siang harinya, dia terus meyakinkanku agar bersyukur dengan keputusan pemeriksaan tersebut. Memang pun, doktor pakar kardiologi telah berpuas hati dengan perkembangan kesihatan diriku. Malah, pada hujung tahun ini nanti, setelah menjalani ujian darah, jika hasilnya memuaskan, dia mencadangkan agar aku menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Batu Pahat sahaja. Bekalan ubat-ubatanku pun bolehku ambil di Batu Pahat juga. Aku hanya perlu pergi ke Johor Bahru setahun sekali  untuk pemeriksaan pacemaker.


Aisyah dan Ghazi, anak-anak kami yang masih setia menemaniku di rumah.
Kini sudah seminggu sesi persekolahan bermula setelah selesai Cuti Pertengahan Penggal Pertama. Walaupun namanya cuti, namun kasihan anak-anakku. Huda dapatlah berehat di rumah dan menghabiskan sisa-sisa cutinya di rumah kawan sepengajiannya di Pasir Gudang. Aisyah sibuk dengan kelas tambahannya dari hari Isnin hingga Khamis. Hanya tinggal Ghazi sahaja di rumah untuk menemaniku. Apa lagi kalau bukan computer game dan pada petangnya pula pergi bermain-main dengan kawan-kawannya. Bermain bola sepak, badminton dan berbasikal adalah agenda utama mereka. Budak lelaki lah katakan... Malah, kami berempat hanya sempat menghabiskan sisa-sisa cuti selama 3 hari di Kuala Lumpur dan Shah Alam sahaja. Yang penting, kami menyambut Hari Jadi Fathiah yang ke18, empat hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
Dalam pada aku tertanya-tanya mengapalah aku terlalu emosional sepanjang minggu ini, satu persatu jawapan mula terlerai...

 Malam Selasa, aku dan Ghazi tercari-cari e-card yang sesuai untuk dikirimkan kepada Fathiah sempena Hari Jadinya pada keesokkan hari. Setelah siap dipilih dan diedit, kami pun menghantarnya, satu e-card dari aku suami isteri dan satu lagi dari Ghazi dan Aisyah. Kemudian, aku menunggu pula sehingga jam 12 tengahmalam untuk menghantar ucapan melalui  facebook. Kalau dah berjauhan, itu lah antara cara-cara untuk membuktikan yang anak-anak sentiasa di hati kami suami isteri pada hari istimewa ini. Pada petang esoknya, aku pun menelefon Fathiah sempena waktu kelahirannya pada jam 5.53 petang...


Fathiah, yang berada di Shah Alam.
Malam Rabu, tiba-tiba Huda muncul. Memang anak sulungku ini selalu pulang ke rumah apabila berkesempatan jika tidak bertugas di asrama. Memandangkan jarak dari asramanya ke rumah kami hanyalah 1 km sahaja, siapa yang hendak melepaskan peluang keemasan ini! Sempat jugak dia melelapkan mata sekejap di katil kesayangannya  sebelum pulang semula ke asrama. Maklumlah, anak-anak seramai 200 orang yang di bawah jagaannya bersama-sama dengan 3 orang warden  lagi itu adalah amanah dan tanggungjawab yang terpaksa dipikulnya...


Huda, seorang guru yang tegas dan penyayang.
Malam Rabu, aku berasa kurang sehat. Demam. Aku pun menelan sebiji panadol dan terus tidur awal pada malam itu. Pagi Rabu, suami ku mengajakku keluar ke bandar Batu Pahat. Selalunya kami ke pasar setiap hari Rabu, tetapi pada hari ini kami singgah ke Kedai Makan Mak Limah untuk menikmati Asam Pedas Ikan Merahnya... Tak berasaplah dapurku pada hari ini. Malam Khamis itu, badan ku masih lagi rasa kurang selesa. Demam sikit. Mujurlah kami ada alat untuk mengambil tekanan darah dan nadi di rumah. Dapatlah aku mengmbil bacaannya. Tekanan darah dan denyutan nadi normal saja.

Pagi Khamis itu, aku gagahi juga diri ini untuk menyiapkan sarapan untuk anak-anak yang akan ke sekolah. Selepas itu, aku pun bersarapan dan menelan 2 biji panadol lagi lalu terus tidur .Aku dikejutkan dek kepulangan Huda pagi itu. Aku terjaga apabila terdengar namaku dipanggil.

 Alhamdulillah rasanya demamku sudah pulih. Aku ke dapur dan mula menyiapkan sup kambing dengan bantuan suamiku. Petangnya, aku menerima pesanan ringkas dari Nadiah. Lewat petang baru aku berkesempatan menelefonnya. Sedinya hati bila mendengar suaranya yang sangat lemah dan tak bermaya oleh sebab keletihan. Rupa-rupanya dia sudah tidur. Keletihan kerana sudah 4 hari dia bertolak ke hospital jam 6.30 pagi dan pulang jam 7 malam! Aku pula terlupa perbezaan masa selama 3 jam antara Malaysia dan Australia. Pukul 6 petang di sini bersamaan dengan pukul 9 malam di sana! Aku menyarankan agar esok saja aku menelefonnya. Dengan lain perkataan, panggilan telefon itu tadi adalah untuk menyuruhnya menunaikan solat Isyak sebelum dia menyambung tidurnya kembali...


Nadiah, yang sentiasa sibuk.
Dan,  pada hari Jumaat, ketika aku menjengok ke facebook, Nadiah mencelah. Kami pun berkomunikasi melalui skype. Dapatlah kami bersemuka setelah sekian lama tidak bertemu. Begitu juga dengan suamiku, Aisyah dan Ghazi. Kami meluangkan masa berbual-bual tentang pekembangan diri masing-masing. Sempat juga Ghazi menunjukkan Ben 10, anak kucing terbaru kami kepada kakaknya itu. Bila dikira semula, tanpa kami sedari kami mempunyai sebanyak 11 ekor kucing di rumah kami sekarang!!!

Akhirnya, terlerailah jawapan kenapa aku begitu emosional sepanjang minggu ini. Maafkan aku, wahai suami, yang sebenar-benarnya aku rindukan kehadiran kelima-lima orang permata hati kita.  Alhamdulillah, aku telah pun mendapat penawar kepada perasaan rinduku ini.. Yang pasti, aku sudah boleh tidur tanpa linangan airmata. Aku pun tidak perlu menelan panadol lagi. Bantalku pun sudah tidak basah lagi....

Thursday, February 25, 2010

Monday, February 15, 2010

OUR FIRST TRIP BY PLANE

Today is the second day of the Chinese New Year. The Chinese believe that the Year of the Tiger symbolises something good. To me, its the effort and the spirit to carry on that counts. Think positive towards everything.  Then, whatever will be, will be. Finally, we have to accept what is fated for us by ALLAH.
Although four of my five children are back home for the holidays, we have not planned to go anywhere. Unlike when having long holidays, my hubby and I will plan for the family to go somewhere. Just to reward ourselves after a whole year of hard work... Fathi missed home so much that she wanted to spend her time at home most of the time. I bet Nadiah envied her a lot when I mentioned this...
One of the most unforgettable trip that we had was to Singapore in 1994. For the children and me, that was our first journey by plane. We were staying in KL at that time. As the Airport Security Officer, my hubby would always go for official visits to almost all the major airports in Malaysia. My four beautiful girls would always ask me where their father was. I would show them the map of Malaysia and pointed to the place that their father went.
One day, my hubby brought all of us to the Photo Saloon. After having our photos taken, we went to the Immigration Office nearby Subang Airport to have our Collective Travel Document done. Our children were very excited when my hubby told them that we would be going to Singapore on an airplane! Although it was only a journey of  about forty-five minutes from Subang Airport to Changi Airport on China Airlines, we felt on top of the world at that particular moment...
Back home, we started making preparations. Everybody except Aisyah and me would have to pack her own clothes and necessities for a three-days-two-nights stay in Singapore into a small backpack. Not forgetting to tag their names on the bags. No hand luggage for them. Simply because my hubby would prefer to handle my four kids during the journey rather than the bags...
Aisyah, who was still a baby at that time whined all throughout the journey. Everybody, including the passengers tried to console her, but she refused to stop. Finally when the air stewardess gave her a packet of biscuits, she  cooled down. Oh my! We were so busy handling our luggage and the children that we forgot we have missed our lunch! Thousand apologies...

My family with Atok Anis and her daughter-in-law.
In Singapore, we spent the nights at my hubby's grandaunt's place in Woodlands. We spent a whole day at Sentosa Island. We visited the Zoo, Aquarium, Amusement Park and even a ride on a cable car to Mount Faber, too. Not forgetting our journey to Orchard Road, the shopping paradise of Singapore, on a Mass Rapid Transport (MRT). We really enjoyed ourselves, despite Aisyah who would start to whine whenever she's hungry. Actually, Aisyah did not take powdered milk. She was on Mother's milk 100% until the age of 5! So, by hook or by crook, I have to breastfeed her whenever she needed her supply...



Fathiah, Huda, Nadiah and Aisyah.
Finally, we were ready to fly back home. That morning, Tok Anis served us Bread with Kacang Pol for breakfast. It was very delicious. Our flight back was not as hectic as before. No whines from Aisyah and no chuckles from Huda, Nadiah and Fathiah. Just because the kids just dozed off during the journey as they were so tired and full...



Our children and me at Changi Airport.
I could see my hubby smiling with satisfaction. At last, he managed to let me and the children get the chance of a life time. A journey by plane. At least, for that moment...
Until today, I am sure my four beautiful girls would still cherished their first experience in a flight, overseas!!!

Monday, January 18, 2010

TAHUN BARU TANGGUNGJAWAB BARU

Mulai 1 Januari 2010 ( 010110) ni, ( cantik nombor tu ) bermulalah kehidupanku sebagai seorang pesara guru dan suri rumah sepenuh masa. Dalam perkataan lain, cikgu pencen... Bahasa Inggerisnya 'retired teacher and a full-time housewife'. Rasa-rasanya macam faham saja dari mana asalnya perkataan 'retired' tu. Agaknya dari perkataan ' really tired'. So, in other words, I am now a really tired teacher...
 Ringanlah rasa kepala apabila telah melepaskan jawatan ini. Meskipun aku tidak menyangka akan menjadi pesara seawal usia ini, namun aku tetap bersyukur kerana telah bersara pada ketika kesihatanku menunjukkan perkembangan positif. Alhamdulillah... Yang tinggal pada diri ini hanyalah panggilan 'Cikgu' dan kadangkala 'Teacher' oleh murid-murid dan bekas pelajar ku apabila kami terserempak di mana-mana. Once a teacher, forever a teacher...
Jadi, dapatlah aku memberikan sepenuh perhatian ku kepada suami dan anak-anak tersayang. Terasa seperti sudah agak lama suamiku dan anak-anakku terpaksa berkongsi perhatianku dengan tugas yang aku sandang selama ini. Kasihan mereka...
Suamiku, seperti biasa, mula sibuk dengan projeknya. Yang aku tahu ada sebuah banglo dua tingkat kepunyaan seorang guru yang sedang dalam peringkat awal pembinaanya. Sibuk tu tidak lah sesibuk seorang tokoh korporat. Masih ada masa lagi untuk berjoging dan melaksanakan keperluan keluarga kami.





Anak sulungku Huda, seorang guru dan warden asrama sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya. Kadangkala ada juga dia meminta pendapat dan nasihat dariku dalam menyelesaikan masalah dan hal-hal yang berkaitan dengan tugasnya. Maklumlah, kami berada dalam bidang yang sama. Kami selalu juga berbincang dan mengupas pendapat-pendapat untuk dinilai keberkesanannya agar dapat dicari kesimpulan yang paling bernas sebagai panduan dirinya.
Nadiah, anak keduaku sedang menghitung hari untuk pulang ke Australia semula untuk menyambung pengajiannya selepas bercuti selama 2 bulan. Masih lagi mencari-cari menu hidangan untuk dijamah sebelum pulang ke sana nanti. Sama ada aku yang memasaknya atau hidangan istimewa di gerai-gerai tertentu seperti Mi Racun, Baryani Sham, Sop Sitam, Roti Canai DJ dan Soto Mak Bedah Hilton. Di samping itu, dia sibuk merangka percutian kami ( Nadiah, suamiku dan aku ) semasa di Australia nanti kerana kepulangannya ke sana akan ditemani oleh kami suami isteri.


 


Anak ketiga kami, Fathiah pula telah mula sibuk dengan kuliahnya di UiTM Shah Alam. Meskipun baru selesai SPM pada hujung tahun 2009 yang lepas, dia telah pun memulakan pengajiannya di bidang Asasi Sains Perubatan di sana. Hanya dapat berehat selama 10 hari sahaja dan terus ke universiti pula. Kami menggelarnya 'siswi muda'. Namun, lagak dan gayanya masih seperti pelajar sekolah dan masih tersasul memanggil pensyarahnya dengan panggilan 'Cikgu'.
Aisyah, anak keempat kami akan menduduki SPM pada penghujung tahun ini. Masih lagi mencuba menyesuaikan jadual pembelajarannya dengan waktu Tuisyen. Kalau boleh, dia hendak mengikuti kelas tuisyen untuk hampir kesemua subjek SPM. Bila pulak waktu nak berehat?
Anak bongsu kami, Ghazi pula sedang hendak menyesuaikan diri dengan tanggungjawab barunya sebagai Ketua Kelas di Sek. Keb.  dan Pengawas di Sek. Agama. Pada hari Sabtu lepas, selepas pulang daripada aktiviti Kokurikulumnya yang pertama, banyak perkara yang perlu dijelaskan kepadanya. Dia memilih untuk menjadi ahli Per. Bulan Sabit Merah. Bila ditanya kenapa, ini dialognya:
" Aji nak tolong Ibu nanti kalau Ibu sakit", jawab Ghazi.
" Itu kan kerja doktor" kata kakaknya.
"Tolong Ibu masa kat rumah lah...", jelas Ghazi.
Kami sekeluarga pun mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Pertolongan Cemas lah tu...
"Ibu, apa tugas Ahli Jawatankuasa?" tanya Ghazi.
"Kenapa Aji nak tahu?" soal ku pula.
"Aji masuk Kelab Bola sepak. Kawan2 undi Aji jadi AJK, wakil Tahun 4." jawab Ghazi.
Lalu, aku dan kakak2nya pun meyenaraikan tugas2 seseorang AJK.
"Abis tu, AJK Per. Agama Islam pulak buat apa?" Ghazi terus bertanya.
Sekali lagi kami memberikan jawapan yang mudah untuk difahami oleh Ghazi. Setelah selesai kami menjawab, dia pun mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Ghazi....  Ghazi.... banyak juga tanggungjawabnya di sekolah untuk tahun 2010 ni. Larat ke tidak dia menjalankan tugas-tugasnya itu?....


  


Walau bagaimana pun, wahai anak-anak kami, Ayah dan Ibu sentiasa mendoakan agar kamu semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya cemerlang di dunia dan akhirat, Ameen...