Tuesday, July 6, 2010

NOKTAH PELAYARAN MU

Ayahanda A.Samad, Royhaini, Bonda Selmah, Kak Asmah dan Ninda Saadiah,
Norlila, Rosman, Norlida dan Roslan.
Almarhum Rosman bin A.Samad

Bahtera mu dibina dengan begitu kukuh,
Lalu dilayarkan dari tempat ianya berlabuh,
Sebagai nakhoda, kau yang mengemudi bahtera itu,
Tanpa mengharapkan orang lain untuk membantu,
Bahteramu meredah laut dalam  hujan dan panas,
Pukulan ombak di laluan bahteramu agak ganas,
Betapa tabahnya kau tanpa mempedulikan cuaca,
Hala tuju bahteramu agak tersasar jadinya...

Namun, sampai juga kau ke destinasimu,
Halangan dan dugaan kau tempuhi tanpa jemu,
Kami  hanya berdaya mendorong dan membantu,
Menghulurkan bantuan sekadar yang perlu,
Jatuh bangun, suka duka dan pahit manis hidupmu,
Kau harungi dengan cekal, tabah dan semangat padu,
Sehingga kau alpa pada keupayaanmu dan usia,
Lalu kau terpaksa akur pada kehendak Yang Maha Esa...

Selama hampir sebulan kau berjuang habis-habisan,
Kami tak putus-putus memberikan dorongan,
Keluarga terutama anak-anakmu terus memanjatkan doa,
Setiap hari yang berlalu, keadaan kesihatanmu berubah,
Terkejut, terpegun, terkesima, lega dan tertanya-tanya,
Perasaan yang sentiasa bercampur-baur jadinya,
Harapan, doa, kata-kata semangat dan usaha,
Kami panjatkan buatmu, wahai adinda...

Namun, takdir dan ketentuan ALLAH kami akur,
Kau pergi jua pada pagi Sabtu, 26 Jun 2010,
Tika bait-bait akhir Surah Yassin sedang dibaca,
Oleh anakandamu yang tercinta buat ayahandanya,
Semoga rohmu dirahmati ALLAH sentiasa,
Diampuni segala dosa dan diterima amal jariah,
Dan ditempatkan bersama orang yang beriman,
Sesungguhnya doa kami sentiasa mengiringmu, Ameen...

AlFatihah buat adinda ku, Almarhum Rosman bin A.Samad...

Buat Arsyad, Asyraf dan Aznil,  Mak Long mendoakan semoga anak-anak buah ku ini tabah dan cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Anggaplah Atok Ayah, Mak Long, Mak Uda, Pakcik Lan, Mak Teh dan Mak Cu sebagai pengganti kepada Almarhum Ayahandamu yang tercinta...
Sesungguhnya kami juga menyayangi mu...


                      Almarhum Rosman  bin A.Samad               Rosman, Norlila, Royhaini dan Norlida,
                                                                                 Norliza, Bonda, Roslan, Ayahanda dan Norliha.

10 comments:

RaDiN said...

ibu. mmg sgt touching this poem.
tambah lagi dgn lagu.
it make me wonder, ntah ble la turn fathiah pulak kan?

stay strong everyone!
semoga roh pak ngah ditempatkan di klgn org2 beriman.

Farah Alias said...

it is so touching. =')
semoga roh pak ngah berada dikalangan org2 yg soleh dan beriman.

Leeza said...

sungguh sebak hati ni bila melihat gambar arwah.. tak sangka terlalu awal dia meninggalkan kita.. Al-Fatihah..

Norliha Samad said...

sedih... sungguh sedih kita sentiasa diuji oleh Allah, tak sangka dia dah pergi meninggalkan kita rasanya macam tak percaya dengan kesihatannya semakin hari semakin menurun. Keretanya ada di rumah, anak Selin yg kecil Ayuni asyik cakap itu kereta Pak Ngah, nak naik kereta Pak Ngah, serba serbi bila tentang itu dia mesti sebut Pak Ngah...

norlilasamad said...

Fathiah, Farah, Ija dan Selin,

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman, dilapangkan tempatnya dan dicucuri rahmat ke atas rohnya, Ameen.
Telah pergi menziarahi pusaranya hari Jumaat lepas. Sedih dan sayu juga rasa hati ini...

Anonymous said...

Terima Kasih banyak2 mak long..arsyad janji takkan lupa semua saudara mara kt sana walaupun ayah takda..

ezzah junsu said...

x sgke plak bleh menangis bce entry ni.
mybe sbb adk pn jauh.
sdeh lbeh sket kot.
smga arwah dtmptkn dlm kalangan org yg briman dan dilimpahi rahmat.
utk sepupu2 ku dan seluruh keluargaku jgk utk ibuku, LA TAHZAN.
amalkn bce doa 'allahumma inni a'u'zubika minalhammi walhazan'.
wslm ^_^

Radin N said...

nicely written ibu.. when i was re-reading this, rasa sgt sayu teringat hari2 terakhir ziarah arwah di hosp, turut sm mmberi semangat n harapan..

iA, moga ruh arwah pak ngah ditempatkan bersama2 org2 yang beriman, ameen..

kakteh said...

Assalamualaikum Lila..
kakteh dapat rasa apa yang Lila rasakan sekarang..kakteh pun telah kehilangan kakak yang tercinta pada tahun 1996. Walaupun sudah 14 tahun berlalu,terasa seperti baru saje berbual ngan dia,kan...bila teringat,kakteh cuma sedekahkannya dengan bacaan ayat-ayat suci sahaja..itu yang dapat kita buat sekarang..dan kami juga akan pastikan yang keluarga yang ditinggalkannya tidak akan menderita...Semoga Lila dan keluarga akan sentiasa sabar menempuh dugaan ini...

norlilasamad said...

Arsyad,
Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi almarhum Ayah mu. Namun tali silatrrahim di antara kita tetap utuh kan...

Ezzah,
Jauh di mata, namun dekat di hati...
Jauh perjalanan, luas pandangan...
Semoga terus tabah...

Nadiah,
Whenever someone expert gave a patient some hope and assurance, a light of confidence sparked in his heart... That was among the best medicine ever been prescribed by a doctor...
Semoga rohnya dirahmati ALLAH, Ameen...

Kak Teh,
Salam. Terima kasih Kak Teh. Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama org2 yg beriman, Ameen...