Monday, January 18, 2010

TAHUN BARU TANGGUNGJAWAB BARU

Mulai 1 Januari 2010 ( 010110) ni, ( cantik nombor tu ) bermulalah kehidupanku sebagai seorang pesara guru dan suri rumah sepenuh masa. Dalam perkataan lain, cikgu pencen... Bahasa Inggerisnya 'retired teacher and a full-time housewife'. Rasa-rasanya macam faham saja dari mana asalnya perkataan 'retired' tu. Agaknya dari perkataan ' really tired'. So, in other words, I am now a really tired teacher...
 Ringanlah rasa kepala apabila telah melepaskan jawatan ini. Meskipun aku tidak menyangka akan menjadi pesara seawal usia ini, namun aku tetap bersyukur kerana telah bersara pada ketika kesihatanku menunjukkan perkembangan positif. Alhamdulillah... Yang tinggal pada diri ini hanyalah panggilan 'Cikgu' dan kadangkala 'Teacher' oleh murid-murid dan bekas pelajar ku apabila kami terserempak di mana-mana. Once a teacher, forever a teacher...
Jadi, dapatlah aku memberikan sepenuh perhatian ku kepada suami dan anak-anak tersayang. Terasa seperti sudah agak lama suamiku dan anak-anakku terpaksa berkongsi perhatianku dengan tugas yang aku sandang selama ini. Kasihan mereka...
Suamiku, seperti biasa, mula sibuk dengan projeknya. Yang aku tahu ada sebuah banglo dua tingkat kepunyaan seorang guru yang sedang dalam peringkat awal pembinaanya. Sibuk tu tidak lah sesibuk seorang tokoh korporat. Masih ada masa lagi untuk berjoging dan melaksanakan keperluan keluarga kami.





Anak sulungku Huda, seorang guru dan warden asrama sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya. Kadangkala ada juga dia meminta pendapat dan nasihat dariku dalam menyelesaikan masalah dan hal-hal yang berkaitan dengan tugasnya. Maklumlah, kami berada dalam bidang yang sama. Kami selalu juga berbincang dan mengupas pendapat-pendapat untuk dinilai keberkesanannya agar dapat dicari kesimpulan yang paling bernas sebagai panduan dirinya.
Nadiah, anak keduaku sedang menghitung hari untuk pulang ke Australia semula untuk menyambung pengajiannya selepas bercuti selama 2 bulan. Masih lagi mencari-cari menu hidangan untuk dijamah sebelum pulang ke sana nanti. Sama ada aku yang memasaknya atau hidangan istimewa di gerai-gerai tertentu seperti Mi Racun, Baryani Sham, Sop Sitam, Roti Canai DJ dan Soto Mak Bedah Hilton. Di samping itu, dia sibuk merangka percutian kami ( Nadiah, suamiku dan aku ) semasa di Australia nanti kerana kepulangannya ke sana akan ditemani oleh kami suami isteri.


 


Anak ketiga kami, Fathiah pula telah mula sibuk dengan kuliahnya di UiTM Shah Alam. Meskipun baru selesai SPM pada hujung tahun 2009 yang lepas, dia telah pun memulakan pengajiannya di bidang Asasi Sains Perubatan di sana. Hanya dapat berehat selama 10 hari sahaja dan terus ke universiti pula. Kami menggelarnya 'siswi muda'. Namun, lagak dan gayanya masih seperti pelajar sekolah dan masih tersasul memanggil pensyarahnya dengan panggilan 'Cikgu'.
Aisyah, anak keempat kami akan menduduki SPM pada penghujung tahun ini. Masih lagi mencuba menyesuaikan jadual pembelajarannya dengan waktu Tuisyen. Kalau boleh, dia hendak mengikuti kelas tuisyen untuk hampir kesemua subjek SPM. Bila pulak waktu nak berehat?
Anak bongsu kami, Ghazi pula sedang hendak menyesuaikan diri dengan tanggungjawab barunya sebagai Ketua Kelas di Sek. Keb.  dan Pengawas di Sek. Agama. Pada hari Sabtu lepas, selepas pulang daripada aktiviti Kokurikulumnya yang pertama, banyak perkara yang perlu dijelaskan kepadanya. Dia memilih untuk menjadi ahli Per. Bulan Sabit Merah. Bila ditanya kenapa, ini dialognya:
" Aji nak tolong Ibu nanti kalau Ibu sakit", jawab Ghazi.
" Itu kan kerja doktor" kata kakaknya.
"Tolong Ibu masa kat rumah lah...", jelas Ghazi.
Kami sekeluarga pun mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Pertolongan Cemas lah tu...
"Ibu, apa tugas Ahli Jawatankuasa?" tanya Ghazi.
"Kenapa Aji nak tahu?" soal ku pula.
"Aji masuk Kelab Bola sepak. Kawan2 undi Aji jadi AJK, wakil Tahun 4." jawab Ghazi.
Lalu, aku dan kakak2nya pun meyenaraikan tugas2 seseorang AJK.
"Abis tu, AJK Per. Agama Islam pulak buat apa?" Ghazi terus bertanya.
Sekali lagi kami memberikan jawapan yang mudah untuk difahami oleh Ghazi. Setelah selesai kami menjawab, dia pun mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Ghazi....  Ghazi.... banyak juga tanggungjawabnya di sekolah untuk tahun 2010 ni. Larat ke tidak dia menjalankan tugas-tugasnya itu?....


  


Walau bagaimana pun, wahai anak-anak kami, Ayah dan Ibu sentiasa mendoakan agar kamu semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya cemerlang di dunia dan akhirat, Ameen...

5 comments:

Anonymous said...

Selamat menjalani hidup baru sbgi surirumah sepenuhmasa dan selamat bersara cikgu..jek enom wes liren

Diyana said...

mi racun..?ala..rindu la mi racun bt pht..bile la dpt rasa lg ..huhu

norlilasamad said...

Terima kasih Anonymous. Tapi, 4 perkataan terakhir tu tak faham la...

Diyana, lpas habis pantang nanti, jom mai turun ke Batu Pahat pekena mi racun...

bong said...

Selamat bersara Lila, semuga dgn bersara awal ni dpt memenuhi apa yg dituju.. kerana dengan niat yg baik dan perlakuan yg baik, Allah akan memberi ganjaran yg baik.Teruskan niat baik awak untuk menumpukan kpd keluarga.Didoakan kesihatan awak akan terus sihat sepanjang hayat.

norlilasamad said...

Terima kasih Zaidi. Mudah-mudahan kesihatan saya akan terus menunjukkan perkembangan positif, Ameen.