Guano gamok semuo? Ni nak boyak, ambo guno loghat Ngganu pulok. Mano-mano perkataang yang saloh tu, mintak ampung dang maap kat orang Ngganu, wok...
12 Mac 2011, hari Sabtu, aku gi ke Ngganu dengang suami dang anok-anok. Suami yang mandu. Gi sano untuk reuniong maktak perguruang. Lama doh dak gi jumpo kawang-kawang lamo masa mengaji kat Maktab Batu Rakit. Kami adalah kumpulan yang pertama blaja di sini. Batch pertamo, wok... Mengaji sano tigo tahung. Nak jadi cikgu Inggerih. Bestnya jumpo kawang-kawang lamo...
Malangnya ada jamuang kat Sekolah Rendoh Sultang Sulaimang. Esok paginya, gi Batu Burok makang sarapang nasi dagang. Pas tu gi naik bot round kat Tamang Tamaddung Islam sampa ke Seberang Takir. Bah maktak hok lamo tu, hok kami naik 28 tahung lepah tu, setia menunggu kami di seberang. Raso lah suami dan anok-anok ku naik bah yang banyok berjaso kepada kami semuo. Bah yang tingkapnya boleh dibuko dan pastinya tadok aircong. Kami semuo dibawo gi jalang-jalang tengok stadium yang bumbungnya sedang dibaiki tu, pusing-pusing Seberang Takir sampa lah ke maktak.
Di maktak ada taklimak dengan Tuang Timbalang Pengarah yang meraikang kami. Katonya Maktak nak buat sambutang sempena ulangtahung ke30 tahung dalang bulang Jung ni. Ada prograng yang diamanohkang kepada kami nanti. Selesai aje majlis tu, sesi ngeteh di Warung Pok Ping pulok. Alhamdulillah, panjang umur Pok Ping. Dio lah yang mulo-mulo meniago di depang kawasang maktak masa kami mulo-mulo mari sini. Nostalgia betul, warung ini. Aku minung teh peng dan makang kepok gete.Pok Ping suko nengok kami mari warungnya rama-rama. Ahli keluarga masing-masing pung gi jugok ngeteh hok sini. Sampa riuh jadinye.
Selesai mengeteh, kami gi round kawasan maktak. Gimnasium, dewang kuliah, perpustakaang, dewang dan asrama masih macang dulu jugok. Tapi lebih molek la... Dewang makang dah tadok. Sekarang sudah ado kafetaria, surau dan bilik-bilik kuliah pung dah bertambah. Banyok jugok anak-anak ku tangkap gambar di sini untuk kenangang.
Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami semuo pung menaiki bah maktak untuk ke tempak ICT, Ikang Celup Tepung di pantai Teluk Ketapang. Sedap-sedap belaka... Kami sekeluarga makang dengan begitu berselera sekali. Lepas makang, bah gi hanta kami ke jeti Sebarang Takir untuk menaiki bot ke Jeti Syahbandar. Kalau dulu tambangnya hanya 40 seng, sekarang tambangnya serial atau duo amah.
Sampa saje ke jeti, kami semuo pun bersalamang dan berpesan-pesang agar meneruskan tali persahabatang ini. Sedih jugok rasanya nak berpisoh ni. Kami dah pakat-pakat dah nak mari lagi bulang Jung ni sempena sambutan 30 tahung maktak dan jugok untuk Reuniong tahung depang. Sesungguhnya perjumpaang ini merupakan antara pengalamang yang sangat indah dalam hidupku. Setinggi-tinggi penghargaang buat temang-temang dari Kuala Terengganu yang dah bersusoh-payoh menganjurkang Reuniong ini, khasnya buat Yan Kong Lee, Titina Omar, Koo Bon Chin, Mok Mee Yok serta rakang-rakang yang laing...
TESL A 1981 - 1983 |
Aku juga amat berterima kasih kepada sekelian rakan dan kenalan ku yang telah membimbing ku untuk berinteraksi dalam loghat Terengganu sepanjang tempoh pengajian ku di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, ( Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail ) Batu Rakit, Terengganu dari tahun 1981 sehingga 1983. Seandainya ada salah dan silap dalam penggunaan loghat Terengganu untuk entri kali ini, aku menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan ini.
TERENGGANU SENTIASA DEKAT DI HATIKU...
No comments:
Post a Comment