Wednesday, June 3, 2009

TERIMA KASIH KERANA MENJAGA IBU

Terima kasih Ayah, Huda, Nadiah, Fathiah, Aisyah dan Ghazi Kerana Menjaga Ibu...

Sudah menjadi perkara rutin untuk ku bersalam & mencium tangan suami ku setiap kali sebelum tidur. Memohon kemaafan di atas segala salah & silap yang dilakukan sepanjang hari tersebut.Namun, segalanya mula berubah.

Pada bulan November 2008, keadaan kesihatan ku mulai merundum. Aku mula batuk2 & disahkan mengidap radang paru2. Aku ke HP dan diberikan rawatan kecemasan. Oleh kerana wad ICU telah penuh, aku dihantar ke HBP.

Mulai dari hari itulah aku sering keluar masuk hospital, sama ada di wad biasa dan ada kalanya ICU. Rutin hidup suami ku dan anak2ku mula berubah. Aku terpaksa melepaskan tanggungjawab dan tugas ku di SKSG. Rakan-rakan ku banyak membantuku. Syukur Alhamdulillah. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya...

Selain radang paru2, jantung ku juga mengalami komplikasi. Degupannya yang mencapai 145 degupan seminit mengakibatkan aku tidak dapat tidur lena. Doktor juga memberitahu tentang buah pinggang ku mula menunjukkan tanda2 kurang memuaskan.

Kemuncak penderitaan ku adalah apabila tubuhku tidak boleh menerima ubat yang diberi oleh
doktor lagi. Keadaan ku mencemaskan semua, umpama hampir putus nyawa... Anak ku yang belajar di MU, A dipanggil pulang. Perancangan untuk menghantar ku ke HSAJB dibuat seberapa segera.

Masih terbayang lagi dalam ingatan ku anak2, adik2, saudara-mara dan rakan2 yang menghantar di muka pintu masuk HP melambai dengan tangisan. Alhamdulillah Tuhan memberiku ketabahan yang sungguh tebal sehingga aku dapat menahan airmata daripada menitis. Sebaliknya, ku lemparkan senyuman penuh harapan agar aku dapat kembali sihat semula.

Di HSAJB, para doktor mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menemui ubat2 yang sesuai dengan penyakit ku setelah menjalankan beberapa ujian. Suami dan 2 orang anakku memberikan sepenuh perhatian kepadaku sepanjang aku berada di sini. Manakala, 3 orang anak2 ku menunggu di rumah di BP.

Akhirnya, pada hari ke8, aku dibenarkan pulang ke rumah. Dapat ku lihat cahaya kegembiraan pada wajah suami dan anak2ku ketika aku menjejakkan kaki ke rumahku. Tersentap hatiku apabila suami ku dengan susah payahnya membelikan set bekalan gas oksigen dan kerusi roda untuk kegunaanku pada masa kecemasan. Bilik tidurku juga dikemaskan umpama wad Kelas 1 di hospital . Siap dengan loceng untuk meminta bantuan.

Mulai malam itulah setiap kali aku bersalam dan mencium tangan suamiku sebelum tidur,

aku akan berkata,"Terima kasih, kerana menjaga Ibu".
Dan suamiku akan menjawab," Tak apa, sudah menjadi tanggungjawab Ayah".
Itulah ungkapan yang diucapkan pada malam2 seterusnya.

Setelah hampir 6 bulan, kesihatan ku mula menunjukkan tanda2 positif. Aku sudah mula dapat tidur dengan lena, selera ku bertambah dan aku sudah boleh membuat latihan fizikal sedikit demi sedikit.

Sehinggalah pada suatu malam, sebelum tidur, seperti biasa selepas bersalam dan mencium tangan suamiku,

aku berkata,"Terima kasih, kerana menjaga Ibu".

Suamiku menjawab,"Tak apa, sudah menjadi tanggungjawab Ayah. Tapi, kenapa Ibu selalu cakap macam ni?"

Jawabku,"Ibu takut Ibu tak sempat mengucapkan terima kasih sebelum Ibu pergi. Setiap saat semasa Ibu belum betul2 pulih, memang Ayah yang menaruh sepenuh keyakinan yang Ibu akan sembuh. Keyakinan itulah yang menjadi peniup semangat untuk Ibu."

Katanya lagi,"Tak apa. Tak payahlah cakap macam tu lagi."

Namun, aku tetap berkata,"Terima kasih Ayah, untuk segala-galanya..."

Mulai dari malam2 seterusnya, aku hanya bersalam dan mencium tangan suamiku sebelum tidur. Walaupun tiada apa2 ungkapan yang diucapkan, ianya mempunyai makna yang amat mendalam...

19 comments:

lala said...
This comment has been removed by a blog administrator.
azie said...

salam..lila..tempat isteri memang disisi suami..tahniah buat you yang mempunyai suami ..yang sangat mnghargai you sebagai isteri and ibu..kepada anak-anaknya..read your story..jadi satu keinsafan buat myself..moga ianya menjadi satu kekuatan buat I melalui penghidupan kita yang tak tahu sampai bile....semangat you memang kental...tahniah!!!

norliha said...

Sesungguhnya hidup ini bagai ombak di laut, kesabaran perlu dalam menghadapi dugaan. I love U Kak Nor and all my family. I miss U Mak... Muga dikau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman

RaDiN said...

ibu, sayang ibu jgak!
slalu ingat ibu masa kat asrama..
=(
smoga satu famili kita mendapat keberkatan Allah.. =)

Radin N said...

salam ibu dearie,

im so touched when i first read this post. together with the song, make it more meaningful *because i know why ibu put this song up ;)* it kept on playing in my mind since yesterday, and all i rmmbr is You.
im so grateful to have such a supportive family, and wonderful ppl around me, syukur Ya Allah. all these while, u and ayah have always been my source of inspiration, strength and motivation. now, it's our turn to pay yr deeds, and it is our responsibility. kasih sayang; itu lah hadiah paling istimewa dr kami :)
i always pray for yr health and strength, physically and spiritually. may He grant you His mercy and ease for you your tasks. ameen.
till then, i love u. may the circle of love in our family will last till Jannah, iA.

love,
Nadiah

Kembara Kelana said...

norlila
wah kau dah ada blog...kau diam diam jer yer...hppy blogging
salam

rayhana mn said...

Salam Kak Lila, ni Rehana, sayu dan begitu tersentuh bila membaca nukilan Kak Lila. Semoga akak sekeluarga sentiasa di dalam perlindungan dan rahmat Allah dan akak kembali sihat seperti sediakala, InsyaAllah. Looking forward to celebrating together our children's success at TGB,InsyaAllah.

pakroslan said...

Salam Norlila,
saya pun mcm usop jg. Baru buka. Awak memang hebat...

Member Hj Md Sirat said...

Salam Norlila,
Tulisan yang menyentuh perasaan. Aku mendoakan awak sekeluarga akan sihat sejahtera.
Aku pasti kau tak kenal aku namun aku nak minta ampun dan maaf sekiranya tanpa disedari aku buat salah terhadap awak.

Farah Alias said...

Farah kagum dengan kekuatan Mak Long. I wish I can be like you. =)

Anonymous said...

salam.akak sihat...sedih rasanya bila baca citer akak.akak kitaorang(kakak sue n lynn)dok lepak kat makmal nie.baru lepas buat jadual.dapat cikgu baru.lynn doakan semoga akak sihat sokmo.

ailin said...

salam..da lama saya x denga cite akak since pindah sini...saya doakan akak akan diberikan kesihatan oleh Alllah ..amin

norlilasamad said...

Thank u so much to Azie, Kembara Kelana, Rayhana, PakRoslan, Member, Lynn, Ailin, Norliha, Farah, Nadiah, Fathi, Aisyah and others who had viewed my blog and read my entries. May all your wishes and prayers for me would be granted. May ALLAH bless us all, ameen..

Farah Adila said...

salam teacher. farah kagum dgn semangat yg ada pada teacher. semoga teacher sihat selalu.

anak muridmu,
farah adila
ex SKSG.

norlilasamad said...

Thank you, Farah Adila.
Although I'm not as healthy as before, I will always pray for your success in your studies and career. May you become a solehah child to your parents, ameen.

aWaLLiWauDDin said...

salam teacher... sy doakan teacher terus kuat semangat mengharungi segala dugaan yer... jgn sesekali putus asa yer teacher... sy doakan teacher terus sihat dn kuat semangt.. thanks jase teacher ajar sy dulu... salam teacher...

norlilasamad said...

Salam Liwa,
Thank you so much. May Allah grant all your prayers.
Sebenarnya sepanjang waktu saya diduga saya rasa bersyukur kerana rupa2nya, ada ramai insan di sekeliling saya yang menyayangi saya yg serba kekurangan ini.
Alhamdulillah.Saya sedang beransur pulih sekarang. Saya akan bersara mulai 01.12.2009 ini.
May you succeed well in your studies and career, thus become a soleh child to your parents, ameen.

MamaDamia said...

salam kak lela...diyana ni. sejak pindah ke kulim, lame sgt tak dengar khabar sksg n kekawan di sane. saye pun baru tahu aje kak lila sakit..hope cepat sembuh. tk care.

saye dah mengandung lagi ni,anak no.2 ...:)

diyana,kulim

kakteh said...

Lila,its me, kakteh. Remember? Semoga bertambah sihat hendaknya..Sedih sungguh kakteh baca your artikel tadi...