Hari Jumaat lepas, tamatlah tempuh kuarantin bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah kami sekeluarga sihat-sihat aje. Tiada sesiapapun dalam keluarga kami yang menunjukkan ada tanda2 dijangkiti Influenza A atau H1N1. Anakku N, semakin berselera menikmati hidangan Melayu yang telah lama diidamkan. H dan A telahpun mengangkut barang-barang mereka balik ke rumah kami dari rumah Atok Ayah dan Atok Bak mereka. Ajie pun dah mula bersiap-siap untuk bersekolah semula.
Sebenarnya, aku pun terpaksa menunda tarikh temujanjiku untuk pemeriksaan doktor di HSA, JB demi untuk kuarantin tersebut. Mujurlah suamiku bekerja sendiri, oleh itu mudahlah beliau merancang dan mengagihkan kerja kepada sesiapa yang berkenaan.
Mengenai temujanjiku di HSA, aku sepatutnya datang pada hari Selasa untuk memasang "Holter", sejenis alat untuk mengambil bacaan ECG sepanjang 24 jam. Selepas itu, pada keesokan harinya aku perlu ke HSA lagi untuk menanggalkan alat "Holter" tersebut. Bacaan ECG akan dianalisa oleh doktor pakar kardiologi. Sekiranya didapati kesihatanku masih bermasalah, pihak hospital akan menelefonku untuk rawatan lanjut. Aku berdoa agar segala-galanya berjalan lancar dan tiada lagi masalah baru tentang kesihatanku, Ameen.
Setelah selesai urusan di HSA, kami sekeluarga ke Melaka pula untuk menghantar barang-barang anakku, F yang berada di MRSM Jasin. Rindunya kami sekeluarga kepadanya... Sesampainya kami di Jasin, kami pun membawanya "outing" untuk membeli segala keperluannya serta untuk makan tengahari. Aku seperti biasa berkerusi roda dengan disorong oleh anakku. Sebenarnya jika difikirkan, ada juga kelebihannya berkerusi roda ni. Dapatlah kami menggunakan ruang "parking" yang hampir dengan pintu masuk mana-mana kompleks beli-belah ( yang ada gambar orang naik kerusi roda tu ). Malah, aku juga menggunakan kemudahan awam untuk Orang Kurang Upaya yang lain kerana pergerakanku yang agak terhad. Semua ini dengan bantuan suami dan anak-anaku yang tersayang. Sehingga kini pun aku terpaksa duduk di atas kerusi ketika bersolat.
Setelah menghantar F ke asramanya, kami pun bertolak pulang ke Batu Pahat lebih kurang jam 6.30 ptg. Sempat juga kami singgah di Alai, Melaka untuk menikmati ikan bakar di sana. Sungguh berselera N dan Ajie menikmati semua juadah yang terhidang seperti ikan, sotong, udang, otak2 berserta nasi lemak. Kami sampai ke rumah lebih kurang jam 10.30 mlm. Terasa letih juga badan ni...
Namun, tak cukup dengan itu, suamiku dan N teringin pula nak makan Laksa Johor. Lalu, kami pun sama-sama bertungkus-lumus di dapur untuk memasak juadah tersebut. Sebenarnya Laksa Johor ni, merupakan hidangan kegemaran keluargaku sejak dari dulu lagi. Maaflah adik2 ku dan rakan2 ku sekelian, aku tak dapat menjamahkan kalian juadah tersebut. Oleh kerana aku baru nak cuba2 ke dapur semula dengan pergerakan yang agak terhad ini, tak dapatlah nak masak lebih2. Tapi, yang pentingnya, dapurku dah mula berasap dah...
Dek kerana terlalu lasak ke sana ke sini, aku demam panas pada esoknya. Alhamdulillah dah beransur pulih dah hari ini...
14 comments:
uih.. sedapnye laksa tu..
ble la org kt sni nk merasa ek?? =P
lorh, ibu demam ke? patut ar telefon hr tu suara cm lain..
ouh, sembunyikn e..
xpela, ibu dh baik dh pun kn! gembira! =)
p/s: memandgkn ketndusn duit syiling, fathiah akn rajin (klu ade masa la), comment ek! =)
fathi jealous lg. hihi. best tau laksa ibu. ajie mkn paling byk! ;)
nt ibu nak masak lagi; another 'signature dish'. yeay.
My chubby & fair girl,
Siannya, anak Ibu. Nanti cuti Ibu masakkan untuk Fathi pulak, ya. Ayah & kawan2nya pergi Surubaya hari Jumaat (10.7) hingga Isnin (13.7).
Ok, take care. Love u...
assalamualikum..lela..gembira dengar u beransur sihat...however..take care selalu.i rasa seronok baca blog u..tu mmpunyai keluarga yg sangat memahami..hei..sedapnya laksa tu...thats my favourite tau...oh.ye..I nak tempah biskut raya dengan u..ye..sedap..macam ari tu kita menanda kertas..will miss nanti..jangan lupa masukkan i dalam senarai menempah..hehe
bestnye laksa jhr kak.....tp mkn br' 2 nak buat mcm x berbaloi..hihi..
saya yg sihat ni pun dapur da lama x berasap
bkn je ailin yg x berasap dapur...i ni yg bujang pun x berasap gak..hihihi
dok mkn asam pedas kt warung azizah n serambi rasa jek...
Ailin,
Biasa la tu, yg penting jagalah your hubby tu baik2. Semoga cepat sembuh. Ramadhan nanti mesti ada gerai jual Laksa Johor kat sana. Nak mendidik anak pun bukannya senang. Nak anak pandai Maths, bagi bnyk makan ikan, tapi bukan kepala. Dah terbukti. Insyaallah...
Su,
Kat rumah u ada stove ke? Gas dah beli? kalau tak ada, macam mana dapur nak berasap? Warung Azizah n Serambi Rasa kat mana ek? Your favourite asam pedas kat pesta masa Ramadhan tu, dah ada gerai kat bus stand lama (Jln Omar).
wahh!! farah rindu laksa mak long. nyum nyum! :)
Sedapnya... laksa johor. Kekadang teringin nak buat laksa, tapi nanti yg makannya 2 org je. Pastu nak masak makanan lain utk anak2 yg lain pulak, leceh sikit. Kalau nak beli pulak rasanya tak sama macam kita buat sendiri.
Farah & Liza,
Insyaallah jika ada kelapangan dan sihat tubuh badan, satu hari nanti kita akan masakkan utk awak semua pulak, ok.
Alamak... akak bocor rahsia.. hehehe
Jaja bought them already.. tp once awhile jek guna wat msk maggie n goreng telur hihihi.. jimat gas, 6 bln skali br tuka..
Warung Azizah b4 SK Pntas Raya tu, b4 flyover klau dr banda, on the right.. Serambi Rasa after kg Pt Rais-UTHM, on the right dr banda gak.. So far i prefer their asam pedas than the other food. Mee bandung buh sotong yg besar tuh yg slau wat smbal tumis tu, alahai x leh msk tekak..hihihi
WAH..dh smkn maju makcik asam pedas tuh! Nnt sy nk g aa.
Harap-harap raya tahun ni dapatlah kita makan laksa. Jangan lupa turunkan resepi buat adik2 dan anak2 buah ni
Insyaallah, raya tahun ni, kita akan masakkan laksa untuk adik2 & anak2 buah. Kalau nak resepi, kena tolong masak. Baru ada teori & praktikalnya sekali.
Assalamualaikum.. Ini ke Lila Samad yang sama-sama belajar di MPKT tahun 1981-1983 dulu? Kalau ye..alhamdulillahlah.. dah lama Kakteh cuba menghubungi Lila dgn.bertanya pada kawan2 kot depa tahu where u are.. Sori to hear about your health now. Doa kakteh semoga Lila beransur pulih dan sentiasa dalam peliharaan ALLAH,amin..
Post a Comment