Friday, July 24, 2009

Tempahan Kuih Raya

Alhamdulillah. Baru ada kelapangan. Dah bulan Syaaban dah. Lepas tu, Ramadhan. Ni yang paling seronok. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Kemudian, Syawal. Raya Puasa ni masuk 2 kalilah Nadiah tidak dapat merayakannya dengan keluarga di Malaysia. Menurut katanya, sehingga beliau tamat belajar nanti baru dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama kami. Tak mengapalah...

Minggu lepas, sepupu suamiku berkunjung ke rumah. Membawa sampel kuih raya untuk dibuat tempahan. Sempat juga suamiku berpesan, "Orderlah, tapi jangan banyak2..." Kebetulan Nadiah masih bercuti lagi. Belum balik ke Australia lagi. Pesanan dibuat ikut selera anak2lah. 50 keping berharga RM18.00, kalau 100 keping harganya RM30.00.

Hari tu pulak, Aca bawa balik sampel kuih. Katanya emak kawannya yang buat. Puas dia memujuk aku dan Huda untuk buat pesanan. Bukan main lagi dia mempromosi kuih2 tersebut. Sampel2 kuih tu boleh dimakan terus. Tapi, memanglah sedap rasanya. Sekali lagi suami ku berpesan,"Orderlah, tapi jangan banyak2..." Aku menjawab,"Ya, Tuan YDP..." Suamiku adalah Yang Dipertua PIBG di sekolah tempat Aca menuntut. Tersenyum dia. Bukan apa. Cara dia berpesan kepada kami seperti dia berpesan kepada Ahli-ahli Jawatankuasanya.

Dalam blog Azie pun ada tanya pasal kuih raya yang saya pernah bawa untuk rakan2 masa menanda kertas BI tahun lepas. Sampelnya belum sampai lagi. Tahun ni, saya tak pergi membeli kuih2 raya, tapi tunggu aje sampel2nya dihantar ke rumah. Bila dah buat tempahan, tunggu pulak pesanan dihantar ke rumah. Jadi, nanti saya bagi Azie peta lokasi rumah tempat kuih2 yang you suka tu. Maklumlah keadaan sudah berubah sekarang...

6 comments:

Farah Adila said...

salam teacher..

sejak nak dekat2 puasa ni, memang ramai buat tempahan kuih. dekat kolej pun, ade kawan2 yg mengambil order. memang sedap2. almaklum, bahang puasa dan hari raya semakin terasa. semoga teacher sihat2 selalu dan diberkati Allah. :)

norlida samad said...

Kalau nak tempah kuih yang murah, bolehlah tempah dengan oly. Harganya dari rm 12 hingga rm 15 utk 50 kpg. Rasanya sedap, sama toke dengan kuih badam.

azie said...

ok...I tunggu..jangan lupe ye..hehehe best biskut u bawa ari tu...

norlilasamad said...

Farah Adila,
Thanks for following my blog & sharing your point of view. You take care too, ok.

Noli,
Nantilah kalau ada sampel lagi baik. Order kuih raya ni ikut citarasa anak2 aje. Tapi, yg pasti Cofee Nut tetap 100 kpg.

Azie,
Bila sampel kuih dah sampai, I akan bagi tau you, ya...

norlilasamad said...

Noli,
Coffee Nut - 100 kpg ya.

Leeza said...

Kak Nor, rezabkan sikit balang kuih tu untuk kek ija. Sampelnya jap lagi.