Pada hari Rabu, 12 Oktober 2011, kira-kira jam 9.00 malam, aku telah kehilangan ayahandaku yang tersayang...
Meskipun belum sebulan berlalu, namun kehilangannya amat ku terasa sehingga kini. Aku tak jemu-jemu membaca entri tentangnya dalam blog anak-anakku Nadiah dan Fathiah. Begitu juga entri dalam ruang status facebookku dan adik-adiku Norlida, Roslan, Norliha dan Norliza serta anak saudaraku, Farah... Jauh di sudut hatiku aku memang berhasrat untuk membuatkan sesuatu coretan tentang ayahandaku tersayang, Haji Abdul Samad bin Mahmood. Namun, dek kerana aku masih berupaya mengumpulkan sisa-sisa semangat yang ditinggalkan di samping membina semula kekuatan diri yang pernah luruh ketika pemergiannya, aku tolak ke tepi hasrat itu buat seketika. Perginya yang tidak akan kembali lagi itu adalah satu kehilangan yang amat besar buat diri kami sekeluarga...
Tanggal 19 Februari tidak akan memberi apa-apa sinar pada keluarga kami lagi. Selalunya beberapa hari sebelum tarikh itu, kami sekeluarga sudah mula merancang barangan yang hendak kami jadikan hamper serta rekaan -rekaan kad ucapan yang bagaimana yang sesuai untuk dijadikan pemberian pada Hari Lahir ayahku. Rasanya pemberian hamper dan kad ucapan hasil tangan kami sekeluarga sudah menjadi sinonim pada keluargaku setiap kali menjelang hari lahirnya. Dan pada tarikh itu, kami akan menyambutnya bersama-sama ahli keluarga adik-adikku yang lain. Tiada lagi kata-kata, "Selamat Hari Lahir, Ayah" dariku dan suami serta "Happy Birthday, Atuk Ayah" dari anak-anakku... Yang pasti adalah sedekah surah AlFatihah dan Surah AlIkhlas dari kami setiap kali selepas solat 5 waktu serta bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat beserta doa untuk kesejahteraan rohnya di sana...
Setakat ini saja keupayaan yang aku ada untuk entri pada kali ini. Aku masih berusaha mengumpulkan balik semangat dan kekuatan pada diri ini untuk berdiri teguh seperti suatu waktu dahulu...
Sesungguhnya, aku amat merinduimu, Ayah...
Meskipun belum sebulan berlalu, namun kehilangannya amat ku terasa sehingga kini. Aku tak jemu-jemu membaca entri tentangnya dalam blog anak-anakku Nadiah dan Fathiah. Begitu juga entri dalam ruang status facebookku dan adik-adiku Norlida, Roslan, Norliha dan Norliza serta anak saudaraku, Farah... Jauh di sudut hatiku aku memang berhasrat untuk membuatkan sesuatu coretan tentang ayahandaku tersayang, Haji Abdul Samad bin Mahmood. Namun, dek kerana aku masih berupaya mengumpulkan sisa-sisa semangat yang ditinggalkan di samping membina semula kekuatan diri yang pernah luruh ketika pemergiannya, aku tolak ke tepi hasrat itu buat seketika. Perginya yang tidak akan kembali lagi itu adalah satu kehilangan yang amat besar buat diri kami sekeluarga...
Kad ucapan Hari Jadi yang terakhir dari kami sekeluarga
Hamper Hari Jadi yang terakhir dari kami sekeluarga
Setakat ini saja keupayaan yang aku ada untuk entri pada kali ini. Aku masih berusaha mengumpulkan balik semangat dan kekuatan pada diri ini untuk berdiri teguh seperti suatu waktu dahulu...
Sesungguhnya, aku amat merinduimu, Ayah...
2 comments:
dear ibu,
i know this is hard for all of us. apa yg mampu kita buat skrg hnya sedekahkan Al-Fatihah dan doa sebanyak mungkin utk ruh beliau di sana. iA moga atuk ayah sentiasa tenang dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh, AMEEN..
when i wrote my blog entry about him, air mata mmg tak henti2. agak terkilan tak dpt jumpa atuk buat kali terakhir. tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya. tp Nadiah rasa bersyukur dpt cakap dgn atuk buat kali terakhir, beberapa hari sebelum beliau pergi meninggal kita buat selama-lamanya. Atuk ayah, Nadiah pun rindu atuk sgt2.. moga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh atuk, AMEEN..
ibu, please be strong ok *hugs*
Sejak pemergian arwah emak, ayahlah yang menjadi penguat semangat kita. Dia telah cuba sedaya upaya menggantikan tempat emak dengan melakukan apa saja kebiasaan yang emak lakukan pada kita. Dia sentiasa mengambilberat tentang kesihatan kita dan anak2 dan pasti akan mengucapkan terima kasih setiap kali kita menalipon untuk bertanya kabar tentang dia. Tapi, dia juga telah mengikuti jejak emak, pergi meninggalkan kita. Amat berat hati setiap kali meninggalkan rumah ayah tanpa lambaian tangan darinya lagi. Namun itulah kenyataannya yang harus diterima.
Walau apa pun, syukur kepada Allah kerana hingga ke akhir hayatnya, kita semua telah dapat menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dari wajahnya yang tenang jelas menggambarkan segalanya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dah ditempatkan disisi solihin dan soleha. Ameen.
Post a Comment