SEJARAH RAMADHAN
- Ramadhan: ertinya panas terik
- Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
- Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
- Bulan di mana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
- Di dalamnya dipilih ada malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
- Dipilih untuk ibadat puasa.
- Dipilih untuk ibadat lain seperti Tadarus Al Quran.
KELEBIHAN RAMADHAN
- Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksaan kubur.
- Bulan penuh keberkatan.
- Di malamnya adalah lebih baik drpd 1000 bulan.
- Amalan sunat sama dengan solat fardhu.
- Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
- Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
- Bulan menambah rezeki
- Memberi makanan untuk berbuka puasa banyak pahalanya.
- Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa dan juga pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama mulanya rahmat 10 hari kedua pengampunan dan 10 hari terakhir bebas dari api neraka.
AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN
- Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
- Menempah pakaian untuk Ramadhan.
- Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
- Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
- Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
- Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
- Solat berjemaah setiap waktu.
- Solat jemaah di masjid/surau.
- Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
- Sahur di waktu akhir
- Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
- Mandi Janabat sebelum Imsak.
- Kurangkan tidur
- Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
- Tunaikan Solat Dhuha
- Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
- Tunaikan solat Rawatib
- Jaga pancaindera.
- Elakkan gosok gigi pada waktu petang
- Hadiri majlis ilmu.
- Buat baik pada ibubapa
- Isteri hendaklah taat pada suami.
- Banyakkan bersedekah.
- Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api.
- Berbuka bersama orang tua.
- Jemput tetamu berbuka.
- Kurangkan berat badan
- Banyakkan ik'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
- Baiki hubungan suami isteri.
- Baiki hubungan jiran.
- Isteri jauhi daripada keluar rumah dengan memakai mekap dan perhiasan.
- Elakkan berbelanja berlebihan
- Kuatkan kesabaran
- Banyakkan selawat, istighfar dan ,bertasbih.
- Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
- Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
- Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu.
- Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
- Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
- Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
- Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yang telah meninggal dunia.
- Melazimkan solat awal waktu.
- Elakkan bersiar2 yang menjadikan pandangan liar sebelum berbuka.
- Elakkan banyak berhutang.
- Mempunyai perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.
- Tunaikan zakat fitrah.
No comments:
Post a Comment