Saturday, September 5, 2009

RAHMAT RAMADHAN


Hari ini sudah 15 Ramadhan 1430 Hijrah. Bermakna kita telah berpuasa selama 15 hari dan tinggal 15 hari saja lagi sebelum 1 Syawal. Alhamdulillah, aku telah dapat melaksanakan ibadat puasa ini dengan jayanya setakat ini tanpa apa-apa komplikasi. Walaupun aku terpaksa mengubah jadual pengambilan ubat-ubatan untuk disesuaikan dengan waktu bersahur dan berbuka, namun tubuhku dapat menerima perubahan tersebut dengan baik.

Suami, anak2, adik2 serta rakan2ku mengatakan yang aku kelihatan lebih kurus daripada biasa. Anakku, Nadiah pun memberi komen yang sama apabila kami berkomunikasi melalui skype. Itu juga komen dari pakar kardiologi yang merawatku pada temujanji kami yang lalu. Katanya lagi, itu merupakan satu perkara positif dan menyarankanku agar meneruskan gaya pemakananku serta latihan fizikal yang aku lakukan pada hampir setiap petang. Memang menjadi rutin bagiku untuk memantau berat badan, tekanan darah dan denyutan nadi pada setiap hari. Malah, selain daripada alat timbang berat, suamiku juga menyediakan alat untuk mengambil tekanan darah dan steteskop juga untukku!

Umpama seorang doktor, suamiku akan menanyakan hasil pemantauanku ini pada setiap hari. Sehingga ke hari ini pun, dia masih mengucap syukur kehadrat Illahi kerana keadaan kesihatanku yang mengizinkan aku menjalankan tanggungjawabku sepanjang bulan Ramadhan ini. Tugas rutin seperti menyediakan juadah bersahur, membangunkan ahli2 keluarga dan menyiapkan Ghazi untuk ke sekolah dapat aku laksanakan. Manakala, pembantu rumahku pula akan menguruskan kerja-kerja rumah yang lain seperti mencuci, mengemas dan membersih serta menggosok pakaian. Sesekali aku juga akan menunaikan permintaan suami dan anak2 untuk memasak juadah berbuka puasa. Selalunya, suamiku akan ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah-juadah tersebut. Kadangkala kami juga akan berbuka di luar.


Alhamdulillah, aku juga dapat menunaikan solat tarawikh di rumah. Itupun aku bersolat dalam keadaan duduk dan akan berehat sebentar bila penat. Walaupun demikian, suami dan anak2ku tetap menunaikannya di masjid. Mereka akan bersembahyang tarawikh di masjid yang berbeza pada setiap malam. Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana anak lelaki kami, Ghazi juga turut sama menunaikannya tanpa apa-apa rungutan pun. Malah, dialah yang sering mengingatkan ayahnya tentang solat tersebut setiap kali selesai solat maghrib! Puasanya pun penuh setakat ini, walaupun kadangkala mengadu dahaga setiap kali pulang dari sekolah. Bermacam alasan aku berikan untuk menahannya daripada minum sebelum tiba waktu berbuka. Ghazi... Ghazi... Kakak2nya dulu tak ada masaalah pun berpuasa ketika di alam sekolah rendah.


Budak lelaki memang macam ni ke? Itulah soalan yang selalu aku tanyakan kepada suamiku setiap kali Ghazi melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kakak2nya yang seramai 4 orang tu. Setelah menimbangkan segala kemungkinan yang disuarakan oleh suamiku, akhirnya aku akan membuat ulasan,"LIKE FATHER, LIKE SON" ( Bapa borek, anak rintik )...

5 comments:

kembara kelana said...

sejuk perut kau mengandung lila...

norlilasamad said...

Salam Usop,
Semoga anak2 kita semua menjadi anak2 yang soleh dan solehah, Insyaallah...

bong said...

Salam Lila,
Itulah peranan suami yg termampu memberi semangat kpd isteri.
Memang betul kata orang didikan awal bermula di rumah (dengan ibubapa)

norlilasamad said...

Salam Zaidi,
Di dlm sesebuah rumahtangga tu, suami & isteri mempunyai tanggungjawab masing2.Anak2 pula amanah ALLAH. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mendidik mereka...

Radin N said...

handsomenya ghazi berjubah, lama tak nmpak. gmbar 'hayya a'la solat' tu mcm ayah dan ghazi :) rindu.
mg semua di malaysia masih berkejar2 beramal di bulan mulia ini iA. salam sayang dr australia.