Tuesday, September 22, 2009

SALAM LEBARAN

Ting tong, ting tong, loceng di pintu pagar rumah asyik berbunyi aje dari pagi tadi. Hari ini kami sekeluarga tidak merancang untuk berhari raya ke mana-mana.
Pertamanya, rumah bapa, bapa mertua, datuk saudara, bapa dan ibu saudara di Batu Pahat semuanya telah kami selesai ziarahi sejak dari pagi hari raya pertama lagi.
Keduanya, terasa letih pula beraya sakan dari pagi hingga ke malam ke rumah saudara-mara sebelah suamiku. Dari Tanjung Semberong di kawasan Parit Raja sehinggalah ke Minyak Beku.Termasuklah ke rumah rakan kami, Tn. Hj. Yahya dan Hjh. Azimah serta bertemu pula dengan Yusof sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Rompin.
Ketiganya, kami bercadang untuk berihat saja sebelum sambung beraya ke rumah saudara-maraku di Muar esok.
Keempat, untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di kawasan kampung Parit Imam ni untuk datang beraya ke rumah yang kebanyakannya adalah rakan-rakan anakku, Ghazi.

RAYA PETAMA

Gambar keluarga di pagi raya. Tidak ketinggalan juga anakku, Nadiah yg sedang online dari Australia (macam perut teletubies pula).

Beraya di rumah bapaku di Kampung Istana.

Beraya di rumah ibu saudara suamiku, Hajah Hanifah (Mak Teh). Selepas selesai tahlil keluarga kami menjamu selera.

Dua orang hero kebanggaan keluarga kami.


RAYA KEDUA


Beraya di rumah Haji Yahya dan Hjh. Azimah di samping bertemu rakan2 persekolahan.
Yusof(5M1), Hj. Yahya(5E1-classmate), suamiku, saya, Hjh. Azimah(classmate SK Tengku Mariam) dan isteri Yusof.

Pasangan suami isteri Yusof, Haji Yahya, Haji Radin bersama anak2 tersayang(ramainya).

Friday, September 11, 2009

REZEKI RAMADHAN

Macam mana kalau saya tukar profesyen sempena bulan Ramadhan dan menjelang Syawal ini?Memandangkan saya sedang bercuti panjang ni, ok juga rasanya kalau nak menambah pendapatan. Beg dah ada tu. Untung juga kalau berniaga kuih dan biskut raya. Oleh sebab dah dekat nak Raya ni, tinggal 8 hari saja lagi, iklankan saja dalam blog. Kakitangan awam dah dapat gaji kan? Jadi, siapa yang nak beli, datang aje lah ke rumah. Siapa dulu, dia yang dapat. "First come , first serve!"

Salam semua. Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping itu, pastinya ibubapa dan ahli keluarga sedang rancak membuat persiapan untuk Raya seperti mengemas dan menghias rumah serta penyediaan kuih dan biskut raya. Bagi yang berkerjaya, kuih raya jenis tunjuk-tunjuk. Kena semak balik senarai pesanan kuih yang telah di buat sebelum puasa dulu. Betul tak apa yang diorder, itu yang kita dapat? Budget ok tak? Ada yang dah lari budgetnya? Bonus dapat RM250 aje untuk Raya! Selebihnya akan dapat dalam bulan Disember. Itupun untuk kumpulan sokongan aje. Yang lain minta maaf banyak-banyak. Tak ada rezeki...

Ooh... Idaklah teman berminat nak meniaga kuih dan biskut Raya pulak! Biaq la untung besaq mana pun, bagi orang lain la rezeki tu. Cukup lah dengan gaji cikgu aje. Cikgu kecik, gaji pun kecik lah. Tak pe dah rezeki...

Yang sebenonye goodie bag dan kuih serta biskut raya semua tu hasil usaha titik peluh Cik Nama ( sama nama ). Memang setiap tahun Lila akan membuat, mengedar dan menjual kuih dan biskut Raya tu. Golongan artis pun ada yang menjual kuih raya Lila, tapi sampai Kuala Lumpur dah ditampal dengan nama syarikat lain pula. Harga pun dah lain...

Kalau di Batu Pahat ni, Lila berniaga kuih rayanya di Batu Pahat Mall. Lokasinya di tingkat basement parking lot, berhampiran dengan escalator. Gerai untuk bulan Ramadhan saja. Kalau nampak gerai Lila Delight Cookies yang bosnya berbadan gempal, berkulit cerah dan bercermin mata , betul lah tu.

Semoga hasil titik peluh Lila akan dapat menambah rezeki keluarganya. Kalau bukan bulan puasa, Lila berniaga di Restoran Syam. Dia menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Waktu malam, ibu dan adiknya pula yang mengambil alih. Dalam bulan Ramadhan ni, Restoran Syam ditutup. Memang Lila ni berbakat dan berkelulusan dalam bidang memasak ni.

Saya pula hanyalah seorang guru kecil. Nama kami berdua saja yang serupa namun kami berbeza...

Saturday, September 5, 2009

RAHMAT RAMADHAN


Hari ini sudah 15 Ramadhan 1430 Hijrah. Bermakna kita telah berpuasa selama 15 hari dan tinggal 15 hari saja lagi sebelum 1 Syawal. Alhamdulillah, aku telah dapat melaksanakan ibadat puasa ini dengan jayanya setakat ini tanpa apa-apa komplikasi. Walaupun aku terpaksa mengubah jadual pengambilan ubat-ubatan untuk disesuaikan dengan waktu bersahur dan berbuka, namun tubuhku dapat menerima perubahan tersebut dengan baik.

Suami, anak2, adik2 serta rakan2ku mengatakan yang aku kelihatan lebih kurus daripada biasa. Anakku, Nadiah pun memberi komen yang sama apabila kami berkomunikasi melalui skype. Itu juga komen dari pakar kardiologi yang merawatku pada temujanji kami yang lalu. Katanya lagi, itu merupakan satu perkara positif dan menyarankanku agar meneruskan gaya pemakananku serta latihan fizikal yang aku lakukan pada hampir setiap petang. Memang menjadi rutin bagiku untuk memantau berat badan, tekanan darah dan denyutan nadi pada setiap hari. Malah, selain daripada alat timbang berat, suamiku juga menyediakan alat untuk mengambil tekanan darah dan steteskop juga untukku!

Umpama seorang doktor, suamiku akan menanyakan hasil pemantauanku ini pada setiap hari. Sehingga ke hari ini pun, dia masih mengucap syukur kehadrat Illahi kerana keadaan kesihatanku yang mengizinkan aku menjalankan tanggungjawabku sepanjang bulan Ramadhan ini. Tugas rutin seperti menyediakan juadah bersahur, membangunkan ahli2 keluarga dan menyiapkan Ghazi untuk ke sekolah dapat aku laksanakan. Manakala, pembantu rumahku pula akan menguruskan kerja-kerja rumah yang lain seperti mencuci, mengemas dan membersih serta menggosok pakaian. Sesekali aku juga akan menunaikan permintaan suami dan anak2 untuk memasak juadah berbuka puasa. Selalunya, suamiku akan ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah-juadah tersebut. Kadangkala kami juga akan berbuka di luar.


Alhamdulillah, aku juga dapat menunaikan solat tarawikh di rumah. Itupun aku bersolat dalam keadaan duduk dan akan berehat sebentar bila penat. Walaupun demikian, suami dan anak2ku tetap menunaikannya di masjid. Mereka akan bersembahyang tarawikh di masjid yang berbeza pada setiap malam. Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana anak lelaki kami, Ghazi juga turut sama menunaikannya tanpa apa-apa rungutan pun. Malah, dialah yang sering mengingatkan ayahnya tentang solat tersebut setiap kali selesai solat maghrib! Puasanya pun penuh setakat ini, walaupun kadangkala mengadu dahaga setiap kali pulang dari sekolah. Bermacam alasan aku berikan untuk menahannya daripada minum sebelum tiba waktu berbuka. Ghazi... Ghazi... Kakak2nya dulu tak ada masaalah pun berpuasa ketika di alam sekolah rendah.


Budak lelaki memang macam ni ke? Itulah soalan yang selalu aku tanyakan kepada suamiku setiap kali Ghazi melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kakak2nya yang seramai 4 orang tu. Setelah menimbangkan segala kemungkinan yang disuarakan oleh suamiku, akhirnya aku akan membuat ulasan,"LIKE FATHER, LIKE SON" ( Bapa borek, anak rintik )...