Pertamanya, rumah bapa, bapa mertua, datuk saudara, bapa dan ibu saudara di Batu Pahat semuanya telah kami selesai ziarahi sejak dari pagi hari raya pertama lagi.
Keduanya, terasa letih pula beraya sakan dari pagi hingga ke malam ke rumah saudara-mara sebelah suamiku. Dari Tanjung Semberong di kawasan Parit Raja sehinggalah ke Minyak Beku.Termasuklah ke rumah rakan kami, Tn. Hj. Yahya dan Hjh. Azimah serta bertemu pula dengan Yusof sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Rompin.
Ketiganya, kami bercadang untuk berihat saja sebelum sambung beraya ke rumah saudara-maraku di Muar esok.
Keempat, untuk memberi peluang kepada kanak-kanak di kawasan kampung Parit Imam ni untuk datang beraya ke rumah yang kebanyakannya adalah rakan-rakan anakku, Ghazi.
RAYA PETAMA
Gambar keluarga di pagi raya. Tidak ketinggalan juga anakku, Nadiah yg sedang online dari Australia (macam perut teletubies pula).
Beraya di rumah bapaku di Kampung Istana.
Beraya di rumah ibu saudara suamiku, Hajah Hanifah (Mak Teh). Selepas selesai tahlil keluarga kami menjamu selera.
Dua orang hero kebanggaan keluarga kami.
RAYA KEDUA
Beraya di rumah Haji Yahya dan Hjh. Azimah di samping bertemu rakan2 persekolahan.
Yusof(5M1), Hj. Yahya(5E1-classmate), suamiku, saya, Hjh. Azimah(classmate SK Tengku Mariam) dan isteri Yusof.
Pasangan suami isteri Yusof, Haji Yahya, Haji Radin bersama anak2 tersayang(ramainya).
6 comments:
lila...thanks a lot...datanglah ke rompin
Seronoknya awak beraya Lila
Hari ni 6 syawal dah dapat ke puasa sunat 6 hari di bulan syawal saya dah mula 2 hari
Salam Usop.
Alhamdulillah. Dapat juga saya sekeluarga bertemu dgn keluarga awak. Rasa berbesar hati tengok awak dgn bangganya memperkenalkan seorang demi seorang anak2 awak kpd saya.Semoga mereka berjaya di dunia & akhirat, Ameen.
Salam Hj.Zaidi,
Alhamdulillah awak dah mula dah puasa 6. Saya pula bila anak2 dah pulang semula ke sek. masing2 baru boleh mula.Permintaan anak2 nak makan hasil air tangan ibu kena ditunaikan dulu.Alhamdulillah, hari ini baru mula puasa 6.
Haah lah Lila, dah anak-anak habis balik baru boleh puasa sunat syawal. Harap-harap dalam minggu ni bolehlah dapat 5 hari sebab kalau week end, dah sibuk dgn open house pulak. Tu pun malam tadi ada gak 12 org student datang beraya kat rumah, jamu apa yg ada je...
Betul tu Fati. Kalau kat Johor ni pula sibuk dgn merhaban. Marhaban kg., marhaban sek., marhaban UMNO, marhaban pakatan dll termasuklah open house. Sampai penghujung Syawal baru habis...
Nolila n Fatie orang perempuan kena percepatkan puasa sebab orang perempuan ada 1 halangan besar macam isteri saya lambat mula baru dapat 2 hari sudah ada halangannya kena break
Post a Comment