Friday, January 20, 2012

MAAFKANKU


( Sekadar buat renungan bagi mereka yang bergelar 'suami' )


MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta


Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang aku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang aku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!





3 comments:

kembara kelana said...

menarik, bermaksud halus dan menyentuh...

Anonymous said...

cantik sungguh...menyentuh bila membacanya...tahniah

norlilasamad said...

Usop,
Sekadar luahan hati dan curahan idea hasil dari pembacaan sahaja... Maklum lah sekarang sudah punya waktu terluang...

Anonymous,
Terima kasih... Hanya merupakan cetusan idea dari hasil pembacaan sahaja...