Sunday, August 16, 2009

Collection Of Entries From My SMSJ 78 Blog ( 4 )

Hindarkan Kami Dari Wabak H1N1


Assalamualaikum wbrkth.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani.

Maaflah, agak lama juga saya tidak menghantar apa-apa entri mahupun komen. Agak sibuk sikit dengan tanggungjawab pada keluarga dalam keadaan saya yang semua sedia maklum ini. Di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya terima dalam email saya baru-baru ini.
Sekarang, semua manusia di seluruh pelusuk dunia diuji oleh Allah dengan ujian selsema
babi. Umat Islam diajar oleh Allah Yang Maha Berkuasa dan Rasulullah s.a.w yang tercinta agar senantiasa berdoa dan berdoa dan berdoa kerana doa itu adalah senjata orang-orang mukmin. Sesungguhnya, orang yang paling bakhil dan tak berguna adalah orang-orang yang tidak mahu dan malas berdoa kepada Allah walaupun semua manusia sedang ditimpa musibah. Doa yang kita pohon bukan saja untuk diri kita tetapi juga untuk keseluruhan umat Islam.

Moga2, doa kita diperkenan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.
[ info H1N1....ada di bahagian bawah blog....admin ]


No comments: