Sunday, August 16, 2009

Collection Of Entries From My SMSJ 78 Blog ( 2 )

JOM KITA KE BATU PAHAT


Buat teman-teman yang berkesempatan bercuti bersama keluarga.

Sepuluh jari saya susun rapi bagi memohon maaf pada ahli kelas 5M1 terutamanya Kembara Kelana. Saya mencelah sikit untuk masukkan entri ini.

Daerah Batu Pahat sedang menerima kedatangan tetamu-tetamu dari seluruh Malaysia. Kenapa ya? Ini yang saya nak bagi tau ni. Batu Pahat telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Sofbol dan juga Bola Keranjang peringkat MSSM dari hari ini, 1 Jun 2009 hingga Isnin, 8 Jun 2009.

Jadi, sambil2 menonton pertandingan tu, bolehlah pekena Baryani Power ke, Baryani Mat Shah ( Benteng) ke, Asam Pedas, Mi Bandung Odeon ke atau Sup Sitam. Waktu malam pula, jom kita ke Dataran Penggaram ( pancuran air) dan seterusnya menjamu selera di BP Walk.

Kalau nak shopping, jom ke Air Hitam untuk beli perhiasan rumah. Pas tu, kita ke Parit Raja (dekat rumah Tn. HJ. Yahya Selamat) untuk beli kerepek yan
g pelbagai jenis. Ada masa lagi jom ke Azhar Food Industry di Rengit untuk borong lebih banyak kerepek dan kuih2 kering sebagai ole2 untuk dibawa pulang.

Kepada teman-teman semua, SELAMAT DATANG KE BATU PAHAT...



Dataran Penggaram Batu Pahat

No comments: